JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Monday, February 4, 2013

Aktiviti Sepanjang Cuti Maulidur Rasul & Thaipusam



Salam semua...

Rasa lamanya tak update entry kat blog, keje kat ofis bertimbun. Tu belum cuti panjang.. huhuhu!!! Aku start cuti daripada 24 Januari hingga 28 Januari... ikutkan apply cuti sehari je, tapi dah bersambung2 cuti Maulidur Rasul dan cuti Thaipusam, dapat le sederet 5 hari. Hubby x cuti pun.. dah sah2 aku akan bosan gile duk terperuk kat rumah kan. So hubby izinkan aku ke Banting, rumah adikku, Ayuni. Kat sana ada buah hati pengarang jantung aku.. Ahmad Aqeef Amzar. Satu-satunya anak buah kesayangan aku setakat ni.. rindu sangat2 kat dia. Pagi 24 Januari tu, hubby hantar aku ke Terminal Bas Teluk Intan, aku naik bas la.. apa lagi... lamanya tak naik bas. Bertolak pukul 9 pagi, sampai Putrajaya lebih kurang pukul 1 petang. Sepatutnya perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam setengah je, jadi lambat sebab bas berhenti turunkan penumpang di Hentian Duta dan Hentian Puduraya dulu. Terlelap jugak la dalam bas tu.. hihihi!!

Sampai je Putrajaya, Mama (Ayuni) dah tunggu aku dengan adik ipar aku, Papa (EG).. bersama si kecil Aqeef. Aduhaiii.... terubat rindu Ibu!!! Ibu?? Ye.. Ibu adalah panggilan yang adikku gelarkan padaku, khas untuk Aqeef. Hilang penat dapat pegang dan dukung Aqeef.. dah makin bulat badannya, padahal baru 4 bulan.. hehehe!! Mama & Papa Aqeef bawak Ibu jalan2 di GM Klang, Ibu memang tak pernah sampai tempat tu. Rupanya kat situ semuanya kedai2 pemborong. Kalau beli lebih daripada 1 barang, harga lebih murah lah. Ramainya orang, nak jalan pun berhimpit2.. tapi Aqeef tak meragam pun. He's a good boy!! Sambil shopping barang2 dan baju Aqeef, Mama & Ibu pun tumpang shopping sekali la.. dapat la tangkap blouse 2-3 pasang. Cantik2 dan banyak pilihan.. puas hati!! In Shaa Allah ada masa nanti, Ibu nak ajak hubby pulak pegi shopping sana. 

Hari kedua kat Banting, Mama & Papa Aqeef bawak Ibu jalan2 KL pulak. Motifnya, nak cari kain ela kat Jakel untuk tempah baju raya Ibu dan baju melayu hubby. Alhamdulillah dapat seperti yang diinginkan, warna hijau lumut, tema raya tahun ni. Mama pun shopping jugak, tudung kat kedai sekitar Masjid India. Ibu sempat jugak belikan kain pasang untuk adik2 dan Umi, nanti nak pos ke kampung. Bolehlah Umi & adik2 tempah awal2, semuanya warna hijau. Untuk Abah, tunggu bulan puasa, nak cari baju melayu readymade je, untuk Hakim pun sama. Dah dapat semua yang dicari, kitorang btolak balik, Papa Aqeef singgah Petronas kat Pantai Dalam untuk solat asar. Sempat kitorang beli ayam pusing yang famous kat situ, favourite Mama & Ibu masa duduk bujang kat situ dulu2. Balik rumah tinggal nak masak nasi je lah.. nyum2!!

Hari ketiga, berjalan lagi... hihihi!!! Mama & Papa Aqeef ajak pegi Bangi... mula2 kitorang singgah lunch kat Warta Bangi. Lepas tu gerak ke Bandar Baru Bangi untuk shopping barang Aqeef di Manjaku. Ibu pulak yang excited tengok barang2 baby kat situ.. In Shaa Allah klu ada rezeki nak timang anak nanti, Ibu pun nak shopping macam tu.. kalau boleh nak beli semuanya yang cute2 tu.. hihihi!! Dah pilih dan bayar, kitorang bergerak ke Pasar Malam Bangi... Mama cakap kat situ ada 1 gerai jual nasi dagang & nasi kerabu yang sangat sedap... wahhh!!! Sukenya.. selalunya bila balik kampung baru dapat makan nasi dagang sedap. Mama & Ibu beli nasi dagang, Papa beli nasi kerabu.. Aqeef?? Aqeef tengok je la.. hihihi...

Sampai rumah... dah mandi & tidurkan Aqeef (yang kepenatan didukung ke sana sini), barulah kitorang makan... kira makan malam lah. Sedih pulak bila fikir malam ni malam terakhir dapat main2 dengan Aqeef. Bila tengok muka Aqeef, hilang segala masalah Ibu tau... Masing2 dah penat, Aqeef dah tido, Papa & Mama Aqeef pun dah masuk tido.. tinggal la Ibu sorang2 tengok tv. Layan cerekarama sekejap.. pastu teringat plak pakaian Ibu belum berkemas. Tutup tv, terus masuk bilik, Ibu nak lipat pakaian & kemaskan beg, esok pagi Hubby nak datang jemput Ibu dan balik ke Putrajaya, rumah mertua Ibu. Tengah leka lipat pakaian, bunyi orang ketuk pintu rumah.. alahai.. sape pulak datang malam2 ni. Ibu tak berani nak bukak... Ibu pegi panggil Papa Aqeef tapi takde respond. Dah lena agaknya.. pastu sayup2 Ibu dengar suara lelaki memanggil "SAYANG2!!"... Eh, macam suara Encik Hubby je.. hihihi... dia rupanya. Suprise la konon kn.. hahaha!!! Cakap nak datang pagi esok, ni dah terpacak depan rumah. Tak reti pulak nak call dulu... Rindunya Ibu kat Hubby Ibu ni... hehehe!!! Kelakar pulak bila Hubby cakap, rindu la Ibu takde, 3 hari kena tinggal, bosan kat rumah sorang2... kih kih kih!!!!

So, tido malam tu, Ibu ada 'bantal pelok'.. jgn marah.. hihihi!!! Pagi esoknya, lepas breakfast, terus ikut Hubby balik Putrajaya. Jumpa family Hubby, kali ni dapat berkumpul semuanya, meriah.. maklumlah, adik-beradik Hubby 8 orang. Tengahari tu just tolong MIL masak, simple2 je.. dah siap makan, kitorang semua lepak2 je. Petang tu, Mama & Papa Aqeef datang rumah MIL Ibu.. saje bawak Aqeef jalan2 kat alamanda, singgah la sekali, dekat je pun. Ape lagi, Aqeef jadi rebutan la.. sampai menangis sebab rimas agaknya... hehehe!! Masuk je azan Asar, Papa & Mama Aqeef mintak diri, Aqeef pun dah mengantuk. Bye2 Aqeef... In Shaa Allah ada masa nanti, Ibu datang lagi jumpa Aqeef...

Saya da besar la Ibu :)


Alaa tomei2!!!


Zzzzzzzzzzz....


Syoknya hisap jari ye...


Aqeef with Papa and Mama


Aqeef with Ibu
Mashammnya muka...


Gaya mafia.. hahaha!!!


Best la duk atas PakLong...


Aqeef nak mandi.. jom...


Jalan2 ngan PakLong


Senyum lebar anak Ibu ni..
Masa lepak2 dengan adik-beradik ipar, Ibu ajak la pegi I-City Shah Alam.. semuanya setuju. So lepas Maghrib, kitorang bertolak, penuh 2 kereta.. hehehe!!! Sampai agak lewat sebab kereta kedua tersesat... kih kih kih!!! Sebenarnya ni kali kedua Ibu & Hubby ke I-City.. tapi dlu masa baru2 bukak, sekarang dah ada macam2.. berjalan pun tak habis sebab penat.... Pukul 12 malam kitorang keluar dari I-City dan ikut Kaklong & Along (cousin Hubby) ke restoran Thai untuk makan malam. Lewat gile makan malam.. leka sangat dalam I-City, sampai lupa nak makan. Dah isi perut masing2, kitorang terus gerak balik Putrajaya, sampai rumah lebih kurang pukul 1.30 pagi. Zzzzzzzzzzzzzzzz!!!!!!!!!!!!!!!!!


Aku bersama kakak ipar dan adik2 iparku


Ramai kan.. hihihi...

Weeeee!!!!

Smile!!!

Happy moment together..
Last day cuti.... tak banyak aktiviti dah sebab Hubby nak balik cepat. Nak rehat katanya, esoknya nak kena masuk keje pagi. Ibu pun sama, kena keje dah. Pagi tu sempat makan nasi lemak air tangan MIL Ibu, as usual, my favourite sebab sambal ikan bilisnya tu sedap sangat. Pukul 12 Ibu & Hubby siap2 dah, nak bertolak balik Tapah. Tapi sebelum tu, kena singgah AEON Equine Park sekejap jumpa Mama & Papa Aqeef, Ibu tertinggal charger Tab kat rumah Banting rupanya, so Mama bawak lah nak bagi balik kat Ibu. Dapat lah jumpa Aqeef sekali lagi.. yeayyy!!! Tak lama pun, sempat lunch sama2 je, pastu terus bertolak balik. Anyway... cuti 5 hari ni Ibu dapat manfaatkan sebaik2nya bersama orang2 yang Ibu sayang.. Alhamdulillah!!! Semoga ketemu lagi... In Shaa Allah...

No comments: