JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Friday, January 18, 2013

Erti Sebenar Kebahagiaan


Salam semua....

Kali ini aku ingin berbicara tentang ERTI SEBENAR KEBAHAGIAAN buat diriku. Sejujurnya.. aku sangat mendambakan kehadiran cahayamata dalam perkahwinanku. Tapi siapalah aku untuk mengadakan itu semua kerana takdir hanya terletak di tangan Allah S.W.T. Usia perkahwinan aku dan suami telah pun mencecah usia 2 tahun 7 bulan. Kami masih lagi berusaha dan tidak pernah sesekali berputus asa. In Shaa Allah, sekiranya diizinkan Allah S.W.T, masa itu akan tiba... lambat atau cepat, kami redha.

Alhamdulillah, keluargaku amat memahami situasi kami. Abahku terutamanya, beliaulah insan yang banyak memberi nasihat dan memintaku bersabar. Begitu juga ibu mertuaku, tidak pernah sekalipun dia menyentuh isu anak... katanya, SABAR. Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T.. kalau ada Alhamdulillah, kalau tiada, kena redha. 

Cukuplah orang tua kami dan keluarga yang memahami.. aku tak pernah peduli cakap2 orang luar. Mereka tiada hak untuk mempersoalkan takdir yang Tuhan sudah tetapkan pada kami. Tapi dah lumrah manusia, bila kita belum kahwin, ditanya bila nak kahwin. Dah kahwin.. ditanya pula bila hendak mendapat anak. Dah ada anak.. ditanya bila hendak tambah anak lagi... sampai bila2 pun takkan pernah berpuas hati. 

Aku dah lali dengan pertanyaan tentang anak... dulu sekiranya setiap kali berhadapan dengan manusia2 sebegini, airmataku amat mudah mengalir. Sekarang, In Sha Allah aku takkan menangis lagi. Akan aku cekalkan hati ini... selagi aku terdaya. Aku sebenarnya tidak bermasalah kalau orang2 bertanya dengan cara yang baik.. percayalah aku akn jawab dengan baik juga. Ini tidak... ada segelintir yang bertanya seolah2 aku yang tak mahu mengandung dan mempunyai anak. Contoh2 soalan yang menyakitkan hati;

1) Hah kamu!! Dah 'ada' belum? Berapa lama dah kamu kawen? (dengan tersenyum sinis)
2) Kamu tak mengandung lagi ke? Dah pegi berubat ke belum?
3) Rugilah kamu takde anak... (merujuk situasi di hari raya bila anak2 orang lain beratur nak dapat duit raya)

Huh!! Agak2 sakit hati tak? Kalau ikutkan hati aku, nak je aku jawab dengan cara yang tidak sopan ye... biar puas hati ni. Tapi suami aku selalu mintak aku sabar, sebabnya orang2 yang bertanya tu kebanyakannya agak berusia. Memang agak tidak sopanlah kalau aku menjawab dengan mereka2 ni. Lagipun orang2 macam ni bukan 'makan saman'... lain kali, mereka akan bertanya soalan yang sama kalau terserempak dengan aku lagi. Sabar je lah..........

Untuk mereka yang tergolong dalam kumpulan seperti di atas... TOLONGLAH!!! Cuba letak situasi aku ni pada orang2 yang terdekat dengan mereka, anak sendiri ke, menantu sendiri ke, adik beradik sendiri ke.. masa tu barulah nak sedar 'langit itu tinggi atau rendah'. Manusia tiada yang sempurna.. qada' dan qadar kita ditentukan oleh-Nya, bukan ditangan kita.



Berbalik kepada ERTI SEBENAR KEBAHAGIAAN... Ya!! Aku dah cukup bahagia dengan kehidupanku. Kenapa? Kalau tiada anak, aku tak berhak untuk merasai erti bahagia ke? Tidak!!! Aku memang bahagia... bahagia sebagai seorang isteri kerana aku mempunyai seorang SUAMI yang sangat2 baik dan bertanggungjawab. Aku bahagia sebagai seorang anak kerana aku mempunyai seorang ABAH dan UMI yang sangat2 memahami dan mengasihi aku. Aku bahagia sebagai seorang KAKAK kerana aku mempunyai 4 orang ADIK yang sangat menghormati dan menyayangi aku. Itu semua sudah cukup untuk aku merasa SYUKUR... ALHAMDULILLAH!!! Aku tidak layak untuk merungut dan mengatakan Allah S.W.T tidak adil kerana setiap perancangan-Nya untuk aku dan suami adalah yang terbaik. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepada-Nya agar suatu hari nanti, DIA mengurniakan zuriat sebagai penyeri dalam hubungan kami.


Di sini aku petik ayat dari http://nuriman.wordpress.com

"Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH S.W.T.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat."

Benar... harus usaha tanpa kenal erti jemu. Aku takkan sesekali menyerah dengan takdir... In Shaa Allah, aku dan suami akan berusaha selagi termampu.. dan sudah tentu juga berdoa kepada-Nya sepanjang masa. Mudah-mudahan... impian aku dan suami akan diperkenankan suatu hari nanti.

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
Amin amin amin... Ya Rabbal Alamin....

No comments: