JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Friday, January 11, 2013

Hutang Wajib Dibayar Walau Tidak Dituntut





Bila disebut hutang, ramai yang suka berhutang, tapi liat sangat nak membayar. Bukan tak mampu bayar, mampu, tapi sikap yang suka mendahulukan benda lain yang kurang penting, walhal HUTANG tu perkara yang wajib dibayar. Kadang2 orang yang berhutang ni bila dilihat gaya hidup, sanggup berbelanja mewah.. tapi hutang yang seciput tak nak bayar. Pergi melancong, buat umrah, haji. Tapi masih ada hutang dengan orang lain.. patutnya duit yang nak gunakan pergi melancong tu, patut digunakan bayar hutang dulu, baru boleh pikir nak pergi mana-mana.

Hutang merupakan satu jalan penyelesaian yang diberikan oIeh Islam kepada penganutnya bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Beberapa syarat diletakkan oIeh para ulama’ kepada penghutang dan pemiutang supaya kemudahan yang diberikan oIeh Islam ini tidak disalahgunakan. Islam menganggap hutang merupakan suatu amalan yang dibenarkan ketika wujud keperluan dan kepentingan. Namun Islam tidak menggalakkan berhutang jika bertujuan untuk hidup bersenang-lenang dan bermewah-mewah. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa memohon kepada Allah supaya dijauhi daripada hutang dengan sabdanya sebagaimana yang diriwayatkan oIeh An-Nasai :

Ertinya: "Ya Allah!, sesungguhnya Aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu bertanya seseorang kepadanya: Alangkah banyaknya doa Engkau meminta jauh dari hutang?" 

Maka Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia memungkiri”. 

Doa Rasulullah tersebut menunjukkan bahawa amalan berhutang merupakan amalan yang kurang sihat jika tidak diuruskan dengan sebaiknya kerana boleh menjadikan manusia kepada suka bercakap bohong dan memungkiri janji. Justeru, kita sebagai umat Islam seharusnya berusaha menjauhinya dengan sedaya mungkin.

Segelintir umat Islam pada hari ini tidak mengambil berat mengenai pembayaran balik hutang. Justeru kita melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang. Hutang-hutang pengajian, rumah, kereta, hutang syarikat atau hutang peribadi. Tidak membayar sewa dianggap remeh dan tidak penting bagi mereka. Malah ada juga yang lebih rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun.

Marilah sama-sama kita merenung Sabda nabi s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Bukhari;

Maksudnya: "

Melewat-lewatkan orang berkemampuan daripada menunaikan hak adalah zalim”.



Sumber :

1) http://www.suhaimi-isa.com

2) http://hijaurumputitu.blogspot.com

No comments: