JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Tuesday, February 26, 2013

Kembali Ceria...


Salam semua...

Cayee da cihat la :)
Kupanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.... akhirnya Aqeef dah keluar wad pada petang Jumaat yang lalu. Aku ambil cuti kecemasan pada hari tersebut dan bertolak ke Banting bersama Hubby. Abahku dah sampai sehari lebih awal. Kami terus menuju ke Wad Kanak-Kanak Hospital Banting. Bertolak agak lambat sebab Hubby ada taklimat pada sebelah pagi. Sampai Banting pun dah hampir pukul 5 petang. 

Daripada jauh, aku dah nampak Abah tengah dukung Aqeef, tersengih2 si kecil tu. Alhamdulillah, dah tak demam. Ape lagi, terus kena gomol, berebut-rebut dengan Hubby nk pegang Aqeef... hehehe!!!! Lagi happy sebab dapat jumpa Abah, rinduku terubat jua. Sementara tunggu Mama & Papa Aqeef uruskan hal keluar wad, aku, Hubby dan Abah lepak2 kat taman depan wad sambil main2 dengan Aqeef. 

Lebih kurang jam 6 petang, setelah selesai semuanya.. kitorang bertolak balik ke rumah Papa & Mama Aqeef di Kampung Bukit Changgang. Hubby lepak2 dan borak2 dengan Abah sekejap... sementara tunggu nak solat maghrib. Aku duk melayan gelagat Aqeef... comel sangat bila nampak gigi bawahnya dah tumbuh.. sebatang je pun.. hihihihi!!! Makin cute.. patutlah Mama Aqeef cite, kat dalam wad, ramai nurse yang minat kat Aqeef dan gelarkannya BUDAK SALJI.. sebab kulit putih kn.. bulat pulak tu!!

Lepas solat maghrib.. aku plan nak bawak Abah dan Mama Aqeef keluar makan kt kedai sebab Papa Aqeef keluar mengajar tuisyen. Tiba2 je Abah pening kepala.. berdenyut2 katanya. Agaknya sebab seharian duduk kat hospital temankan Mama Aqeef & Aqeef. Aku suruh Abah rehat sementara aku bersama Hubby keluar tapau makanan, Mama dan Aqeef pun ikut sama sebab nak tunjuk kedai makan yang sedap, aku dan Hubby tak biasa sangat dengan kedai2 kat kawasan tu. Lepas tapaukan Abah nasi goreng, kitorang terus balik dan kejutkan Abah untuk makan sebelum telan ubat. 

Lebih kurang jam 8.30 malam, aku dan Hubby gerak balik ke rumah mertuaku di Presint 16, Putrajaya. Kitorang sanggup tahan lapar ni, sebab nak makan dengan MIL ku... sampai2, aku terus cakap kat MIL.. lapar lah mak... hehehe!! Bertuah punye menantu kan... nasib baik lah suami dah bagitahu awal2 yang kami ni nak balik. MIL ku masak kari daging.. nyummm2!!!

Esoknya, Abah bertolak balik Kelantan pkl 5.30 petang.. dengan flight Firefly di Airport Subang. Semuanya dah selesai... Abah pun dah tak risaukan Aqeef lagi dah... dia dapat balik dengan senang hati. Abah masuk je ke balai berlepas, aku, Hubby, adik dan adik iparku dapat sms serentak daripada Abah.. "SELAMAT TINGGAL ANAK2 TERSAYANG. INSYA ALLAH KITA JUMPA LAGI. DOA ABAH KALIAN SENTIASA BAHAGIA." Rasa sebak pulak, walaupun sekejap je jumpa Abah, tapi Alhamdulillah dapat melepas kerinduan di hati. Harapanku, semoga apa yang kitorang semua rancang untuk family day bulan Jun nanti akan dapat direalisasikan... amin.

* Buat sementara waktu ni, setiap entry aku takde gambar ye... Note aku rosak... huhuhu!! Nasib baik ada warranty lg, dah pun hantar ke kedai, In Sha Allah akan siap dalam masa 2 minggu. Terpaksa la pakai henset cap ayam jap... leceh betul rasanya duk tekan2 keypad getah ni.. hahaha... nasib la!!!

No comments: