JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Tuesday, February 5, 2013

Bila Suamiku Memujuk.....


Salam semua...

Semalam kan aku meluah perasaan kecewa sebab tak dapat balik kampung.... Lagi diingat, lagi lah sedih... So aku buat tak tahu je la.. sesekali jadi hati kering pulak apa salahnya kan....

Tapi kan.. yang buat aku rasa terharu tu, Hubby tiba2 je ajak pegi Pulau Pangkor.. weekend ni dia dapat off 2 hari, cukup lah 2 hari daripada tak dapat langsung kan. Agaknya kesian tengok aku bermuram durja... Hubby suruh aku pilih sendiri nak duduk resort mana, katanya, keputusan ditanganku.. Hubby bayar je. Hehehehe!!! Dengan kuasa veto tu, aku pun google lah resort yang best. Itupun agak susah nak decide sebab banyak resort yang dah fully booked, biasalah.. cuti Chinese New Year kan...

Bila nak mintak pendapat Hubby, dia cakap dia tak kisah.. pilih je. Lagipun selama ni kalau pegi bercuti kat mana2 pun, memang aku yang uruskan bab2 accomadation ni... takde masa Hubby nak fikir semua tu. Dan seperti biasa, aku jugak la yang akan pening kepala.. huhuhu!!!

Selepas dipilih2.. akhirnya aku decide nak stay kat Pangkor Bay View Beach Resort. Salah satu sebabnya, kat situ ada swimming pool. Kalau lah tak dapat mandi laut, at least dapat jugak swimming kat kolam je kan. Sebenarnya, kitorang dah pernah beberapa kali pegi Pangkor. Zaman bujang dulu, Hubby dah pernah pegi dengan kawan2 dia. Yang aku pulak, pernah berkursus kat sana masa kerja di SKM HQ. Kalau pergi berdua dengan Hubby pun pernah jugak, sekali.. masa baru2 kawen. Consider sebagai honeymoon la kan... Masa tu kitorang stay di Golden Beach Hotel, pada pendapat aku, hotel ni tak berapa best sebabnya kita tak boleh control channel tv sendiri.. Pihak hotel yang pegang remote.. tak patut kan. 

Yang buat Hubby nak pegi lagi Pangkor, nak cari restoran yang kitorang penah pegi dulu.. Ikan Jenahak Bakar kat restoran tu memang menjilat jari.. pastu round pulau ngan skuter yang disewa, seronok!! 1st time naik motor dengan Hubby, mesti lah excited.. hehehe... Kali ni, aku nak ajak Hubby naik bot pulak, kalau ada peluang, nak snorkeling sekali.. Hubby dah ada pengalaman, aku je belum pernah merasa semua tu.

Di sini aku kongsikan gambar2 Pangkor Bay View Beach Resort.. nak info lebih details, boleh tengok di sini  http://www.pangkorbayview.com/











Antara aktiviti yang boleh kita join kat sana, antaranya berkayak, snorkeling, naik banana boat, berbasikal dan lain2. Sebab tu kalau pegi ramai2 lg seronok. In Shaa Allah kalau takde aral melintang, Abah nak buat family day untuk kami sekeluarga di Pulau Pangkor pada bulan Jun nanti, masa cuti sekolah. Moga2 lengkaplah adik beradikku nanti.. amin.







Wahh.. rasa tak sabar2 pulak nak ke sana. Lagi2 ada orang yang offer.. hihihi.. TQ Hubby!!! Semoga semua yang dirancang berjalan lancar.. amin.

P/s : Terubat jugak rasa kecewa tak dapat berkumpul dengan keluarga di kampung.. pandai Hubby pujuk hati yg berduka lara ni :)



No comments: