JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Wednesday, February 13, 2013

Short Vacation ~ Pangkor Island

Salam semua...

Pantas masa berlalu, cuti Chinese New Year selama 4 hari dah tamat. Hari ni liat betul nak masuk kerja. Tersangat2 malas rasanya nak bangun pagi tadi. Tapi terpaksalah, dah tugas kan.. Hubby pun masuk kerja hari ni jugak, kembali bersendirianlah nampak gayanya. 

Akhirnya, apa yang aku dan Hubby rancang terlaksana sudah. Dapat jugak kitorang bercuti di Pulau Pangkor. Walaupun 2 hari je, tapi cukup2 berpuas hati bila dapat buat macam2 aktiviti. Perjalanan dari Tapah ke Jeti Lumut mengambil masa 1 jam setengah, alhamdulillah tak hujan walaupun cuaca agak mendung. Sampai di Jeti Lumut, kitorang parking kereta di tempat khas yang disediakan untuk mereka2 yang nak ke Pulau Pangkor. Bayaran RM 8.00 untuk sehari dan jangan risau tentang keselamatan kenderaan anda kerana ada pak guard yang jaga dan ronda di kawasan sekitar. 

Masa tu dah jam 12.30 tengahari, perut pun dah berkeroncong kelaparan.. kitorang decide nak isi perut dulu. Kat Jeti Lumut tu banyak sangat kedai2 makan, rambang mata nak pilih. Ada yang sediakan nasi dan lauk pauk campur, ada jugak nasi ayam dan segala jenis mee.. so boleh pilih ikut selera masing2. Dah kenyang isi perut, kitorang terus beli tiket feri, kebetulan ada feri yang nak gerak jam 1.15 petang.. terus naik la kan... tak sabar2 dah ni. Perjalanan dengan feri mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. 

Kitorang sampai ke Jeti Pangkor jam 1.45 petang, kitorang terus naik teksi untuk ke Teluk Nipah. Aku dah booked awal2 bilik di Pangkor Bay View Beach Resort. Teksi kat sana semuanya van yang berwarna pink. Tambang untuk sebuah teksi berbeza mengikut tempat yang kita tuju. Kalau nak ke Teluk Nipah, tambangnya RM 15.00.. kalau nak ke Pasir Bogak, tambangnya RM 10.00. Kali pertama datang ke sini dengan Hubby dulu, kitorang pilih hotel di Pasir Bogak.. kali ni kitorang nak stay kat Teluk Nipah pulak sebab resort2 kat situ lebih dekat dengan pantai. Resort yang kitorang stay ni pun, kalau berjalan kaki ke pantai tak sampai 2 minit. Gerai2 makan tepi pantai pun banyak, so tak payah risau sekiranya pihak resort tak include breakfast.

Naik teksi PINK :)
Pekan Pangkor

Sampai dah kat resort...
Pangkor Bay View
Ada swimming pool
Lepas check in, naik solat Zohor jap. Alang2 kitorang nak tunggu waktu asar kan, Hubby ajak round2 ngan motosikal. Kitorang sewa sebuah motosikal dengan harga RM 30.00 sehari. Sepanjang kahwin kan, baru sekali je aku naik motor ngan Hubby, masa kat Pangkor jugak, tengah honeymoon kali pertama. Ni kira kali kedua la, aku gayat sebenarnya.. ni pun banyak kali aku pesan, jangan bawak laju2. Hubby bawak daripada Teluk Nipah, Pasir Bogak hingga lah ke Teluk Dalam. Sempat singgah bergambar di Kota Belanda.

merempit sekitar pulau dgn cik abe :)
Kota Belanda











Tgh merempit, terperasan tempat ni.. kat celah2 rumah org je...


I wanna fly!!!!!!!!!

Masuk waktu Asar, kitorang balik bilik untuk solat dan salin baju then terus turun ke lobi. Masa check in kitorang dah bayar siap2 bayaran untuk Island Hoping & Snorkeling. Selalunya bayaran RM 15.00/person dikenakan kalau ramai2. Tapi disebabkan kitorang berdua je, untuk 1 boat dikenakan bayaran RM 50. Orang yang bawak boat tu datang ke resort untuk ambik kitorang pastu terus jalan ke pantai. Dah siap pakai safety jacket, naik boat.. pastu yahooooo!!!!!!!!!! Hahaha... gile berderau darah aku bile bro tu bawak boat laju2. Pipi ni rasa kena tampar2 lembut je ngn angin.. best sangat2!! Bro tu tinggalkan kitorang kat area snorkeling, Hubby suruh dia dtg pickup kitorang pukul 6.30 petang. So ada masa lebih kurang sejam lebih, snorkeling la puas2 kan. Jenuh gak la Hubby ajar aku, pengalaman pertama aku ni, sah2 la aku duk telan air masin je kan.. nasib baik tak kena darah tinggi.. hehehe!! Hubby mmg dah expert la bab snorkeling sebab dia pernah wat aktiviti ni dengan kawan2 dia dulu. Seriously, sangat2 seronok.... dapat jugak la aku tengok ikan2 kat dalam laut tu secara real. Agak2 dah kecut2 kulit tangan, aku naik la lepak kat batu2 besar.. sambil tengok Hubby yang tengah syok berenang2 macam ikan paus.. hehehe!! Aku mana lah pandai berenang macam Hubby, so tengok je la kan. 

Atas boat.. huhuhu.. gayat!!
Tempat utk snorkeling


Gaya je lebih tu :P
Kepenatan....

Best!!

Bro yang bawak boat tu datang ambik kitorang seperti yang dijanjikan.. then dia terus bawak kitorang pegi Island Hoping plak. Dapat tengok pulau2 kat situ, yang menariknya ada batu2 yang berbentuk seperti kepala buaya, ikan paus dan penyu... sempat gak la Hubby ambik gambar.. aku tetap duduk statik atas boat tu, gayat rasanya kena lambung ombak.. takut!!! Ini antara gambar yang Hubby sempat ambik masa atas boat.



Batu berbentuk kepala buaya
Batu berbentuk penyu
Batu berbentuk ikan paus
Aktiviti mencandat sotong
Sampai je ke darat, Hubby ajak terjun swimming pool kat resort... saje habiskan masa yang ada, sementara nak tunggu Maghrib kan.. 

Sampai ke darat dah...
Menyelam sini pulak
Penat ke bang??
Weeeeee.....
Dah rasa penat, terus naik bilik, mandi dan solat maghrib. Then, kitorang siap2 untuk keluar makan malam. Dalam kepala dah set nak makan ikan bakar... turun dari resort, terus merempit kat tepi pantai. Berderet kedai2 makan kat situ, makanan laut dah tersedia dengan "Harga Siap Masak"... Aku suruh Hubby je pilih, perut dah lapar ni. Hubby pilih ikan Siakap dengan harga RM 35.00 seekor (besar sangat ikan ni, kitorang suruh bakar je) dan 4 ekor sotong besar (suruh buat masak sambal) dengan harga RM 20.00. Tambah order nasi putih 2 pinggan dan sayur kailan ikan masin. Memang sangat2 sedap, ikan dan sotong pun fresh. Berbaloi habis RM 60++ malam tu sebab menu yang menepati selera kitorang. Tapi ikan tu tak dapat dihabiskan ye.. saiznya besar sangat, kalau makan bertiga atau berempat boleh habis kot.. hihihi!!

Makan malam tepi pantai
Ikan Siakap Bakar
Menu pilihan Hubby
Sotong Masak Sambal
Jemput makan, jgn malu2 :)
Bila perut dah kenyang, kitorang round lg kat tepi2 pantai ngan motosikal.. saje ambik angin malam. Dah agak2 penat tu, balik le bilik.... layan tv jap (ada astro).. pastu Zzzzzzz...... Pagi esoknya, kitorang checkout lebih kurang pukul 10 pagi. Memang kena balik Tapah awal sebab Hubby kena masuk kerja pukul 4 petang. Lepas checkout, Hubby hantar motosikal yang kitorang sewa dan terus naik teksi ke Jeti Pangkor. Aku sempat ajak Hubby shopping jap kat kedai2 sekitar jeti. Then, kitorang naik feri untuk balik ke Jeti Lumut. Dari jeti, kitorang terus gerak balik ke Tapah. Sampai lebih kurang pukul 1.30 petang, tu pun lambat sikit sebab singgah Teluk Intan untuk beli barang sikit. Langkah kanan betul kitorang aritu sebab jiran buat kenduri kahwin anaknya, sampai2 terus makan kenduri lah.. hihihi.. Alhamdulillah!!

Nak balik dah..


Jeti Pangkor

Percutian singkat ni sangat menyeronokkan, walaupun tak dapat balik kampung berkumpul dengan ahli keluarga, dapat jugaklah pujuk hati ni.. thanks my dear Hubby.. In Shaa Allah ada rezeki nanti kita plan for another vacation. Amin.....


No comments: