JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Thursday, March 28, 2013

Bersedia untuk ditinggalkan.....

Salam semua..

Lamanya aku tak update blog ni, dah bersawang kot... huhuhu... Tajuk kat atas macam sedih okeyyyy... Ye, memang aku dah ready pun untuk ditinggalkan Hubby.... untuk sementara waktu lah... Selalunya, paling lama Hubby tak balik pun, dalam 3-4 hari je... Kali ni, Hubby cakap, mungkin berminggu.. dia busy sangat2 dengan persediaan untuk menghadapi PRU.. suka ke, tak suke ke.. hadap je lah ye....

Sekarang asyik berulang ke IPD kat Seri Iskandar untuk latihan... bila betul2 dah PRU nanti, lagi lah tak nampak batang hidung dia kat rumah ni... membujang la aku sampai settled PRU... Dalam hati ni duk doa, biarlah cepat2 tamat PRU tu.. Huiisshhh!!

Sekarang ni aku duk berjimat2 dengan cuti tahunan, tahun ni baru guna 2 hari.... sebab dah pasang niat, nak makan angin lepas cuti Hubby cair.. daripada bulan Januari duk beku.. hampeh betul. Yg aku tau, bulan Mei, masa untuk makan angin.. dengan Hubby dan family aku. Seminggu tak nak masuk ofis okeyy!!! Kalau time tu, cuti Hubby tak lulus jugak, bye2 je lah ye.. aku pegi ngan family je lah jawabnya...

Banyak perkara nak kena uruskan sekarang ni.. memang aku harap sangat2 komitmen sepenuhnya daripada Hubby... macam2 nak buat untuk proses pinjaman perumahan yang kitorang tengah apply. Insha Allah kalau semuanya berjalan lancar, rumah itu akan jadi milik kitorang... fikir punya fikir, akhirnya kitorang decide untuk menetap di Tapah. Tak perlu tunggu2 lagi dah, kebetulan dapat rumah yg berkenan di hati dan mengikut kemampuan kitorang, grab je lah.. Lama dah mengidam nak decorate rumah sendiri, selagi duk menyewa, selagi tu lah aku malas nak decorate cantik2.. main bantai je sesuka hati...

Ok lah.. perkembangan rumah baru tu nanti aku akan share dalam 1 entry.. Nak sambung keje plak... Adioss!!!


Monday, March 11, 2013

~ GAJI BARU POLIS DAN TENTERA DI UMUM PADA HARI INI ~


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini. 

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 

Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu. 

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain. 

Harap dapat perhatian 

“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan seperti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam. 

Untuk PDRM difahamkan, cadangan tangga gaji bagi Konstabel (N17) ialah RM1,013 hingga maksimum RM2,613.61 bagi P1, manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46) manakala Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 dan P2 (RM2,325.10 - RM3,657.02). 

Untuk Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70). Bagi Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62. 

Penyelarasan gaji pegawai kanan PDRM pula dijangka Gred 41 bagi Inspektor, Asisten Superintendan (ASP) 44, Deputi Superintendan (DSP) 46; Superintendan 48 dan Asisten Komisioner (ACP) 52. 

Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat daripada skim perkhidmatan awam. 

** Moga2 ada rezeki suamiku nanti.. akupun tumpang gembira :)

Thursday, March 7, 2013

Abah & Umi Berhoneymoon Di China


Salam semua...

Alhamdulillah... Abah dan Umi dah pun berada di Shenzen... smlm dpt sms drp Abah berbunyi.. "Otw to Shenzen by bus"... Ceeewahh!! Omputih gitu.. hihihi... Percutian mereka bersama2 kawan sepejabat Abah, ramai la jugak. Abah & Umi memang suke makan angin.. sekarang lagi suke sebab dah selamat tunaikan haji. So boleh la nak ke mana2 pun... kitorang sebagai anak2, sokong je, asalkan diorang happy.

Guangzhou
Yang kesiannya, si kecik tu la, adik bongsuku Arif Hakim. Kena tinggal 5 hari kat kampung, saudara sebelah Umi yang tolong jaga. Mula2 tu nak bawak skali tp bila fikir Hakim kecik lagi, bukan reti sangat pun bawak berjalan... lagipun pakej tetap kira harga dewasa, rugi lah pulak kan. Umi pun pernah cakap, InSha Allah ada rezeki nanti, nak bawak Hakim dan adik perempuanku, Fizah pergi umrah.. mudah-mudahan termakbul.. amin.

Budak ni kena tinggal lagi.....
Wahhh... tak sabar rasanya tunggu diorang balik. Nak tengok gambar2 menarik kat sana. Nasib baik sempat belikan Abah memory card untuk cameranya, beli yang 8GB... so boleh la diorang ambik gambar banyak2. Balik dari Guangzhou dan Shenzen nanti, Abah mintak aku uruskan percutian ke Pulau Pangkor pulak. Niat nak buat family day tu tak kesampaian sebenarnya sebab waktu yg dipilih tu, tak cukup anggota keluarga kitorang. Ida kat Kuching, mungkin tak dapat cuti manakala Fizah pulak baru masuk semester baru kat Matriks. Abah cakap, kita pergi je lah, mana yang ada... nak tunggu cukup semua, ntah bila kan. Masing2 pun duduk jauh2.. lain kali bila ada semua, kita bercuti tempat lain pulak. Ok Abah, saya yang menurut perintah!! Hehehe... aku dan Hubby dapat tugas penting lah ye.. uruskan tempahan resort dan aktiviti sepanjang kat sana. Paling best, si comel Aqeef pun akan join bersama Papa dan Mamanya.. yeayyy!!!

Buat adikku Ida & Fizah.. jangan risau.... nanti korang semua balik, Kaklong aturkan yang lain, lebih enjoy.. promise!!! Kerja dan belajar rajin2 ye ... Aku berdoa agar Abah dan Umi gembira sepanjang percutian di China, dan selamat pulang ke tanahair nanti. Anak2mu menanti kepulanganmu berdua.. bersama ole2. Ahakss!! Adik aku, Ayuni kirim kat Umi beruang panda.. hahaha!!! Tengok nanti ape yang diorang bawak balik.. Jeng jeng jeng!!!

Alaa tomey2!!!

Friday, March 1, 2013

Aqeef Yang Comel :)


Salam semua....

Hahahaha!!! Kelakar tak gambar ni.. tak lain tak bukan, kerja Hubby la ni... masa kitorang jalan2 kat Warta Bangi, masuk Giant jap sebab Abah nak cari sweater. Stroller si Aqeef tertinggal dalam kereta papanya, so Abah dan Hubby bergilir2 dukung Aqeef. Papa aqeef ada urusan sekolah, so kitorang je lah yang keluar. Masa aku dan Mama Aqeef duk tengok2 baju, Hubby letak Aqeef atas timbunan baju2 kat situ. Hehehe... tak nanges pulak budak ni, siap pose lagi... macam anak patung!!!


Ibu rindukanmu sayang!!!

P/s : Bile la dapat jumpe si comel ni lagi.....

Tuesday, February 26, 2013

Kembali Ceria...


Salam semua...

Cayee da cihat la :)
Kupanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.... akhirnya Aqeef dah keluar wad pada petang Jumaat yang lalu. Aku ambil cuti kecemasan pada hari tersebut dan bertolak ke Banting bersama Hubby. Abahku dah sampai sehari lebih awal. Kami terus menuju ke Wad Kanak-Kanak Hospital Banting. Bertolak agak lambat sebab Hubby ada taklimat pada sebelah pagi. Sampai Banting pun dah hampir pukul 5 petang. 

Daripada jauh, aku dah nampak Abah tengah dukung Aqeef, tersengih2 si kecil tu. Alhamdulillah, dah tak demam. Ape lagi, terus kena gomol, berebut-rebut dengan Hubby nk pegang Aqeef... hehehe!!!! Lagi happy sebab dapat jumpa Abah, rinduku terubat jua. Sementara tunggu Mama & Papa Aqeef uruskan hal keluar wad, aku, Hubby dan Abah lepak2 kat taman depan wad sambil main2 dengan Aqeef. 

Lebih kurang jam 6 petang, setelah selesai semuanya.. kitorang bertolak balik ke rumah Papa & Mama Aqeef di Kampung Bukit Changgang. Hubby lepak2 dan borak2 dengan Abah sekejap... sementara tunggu nak solat maghrib. Aku duk melayan gelagat Aqeef... comel sangat bila nampak gigi bawahnya dah tumbuh.. sebatang je pun.. hihihihi!!! Makin cute.. patutlah Mama Aqeef cite, kat dalam wad, ramai nurse yang minat kat Aqeef dan gelarkannya BUDAK SALJI.. sebab kulit putih kn.. bulat pulak tu!!

Lepas solat maghrib.. aku plan nak bawak Abah dan Mama Aqeef keluar makan kt kedai sebab Papa Aqeef keluar mengajar tuisyen. Tiba2 je Abah pening kepala.. berdenyut2 katanya. Agaknya sebab seharian duduk kat hospital temankan Mama Aqeef & Aqeef. Aku suruh Abah rehat sementara aku bersama Hubby keluar tapau makanan, Mama dan Aqeef pun ikut sama sebab nak tunjuk kedai makan yang sedap, aku dan Hubby tak biasa sangat dengan kedai2 kat kawasan tu. Lepas tapaukan Abah nasi goreng, kitorang terus balik dan kejutkan Abah untuk makan sebelum telan ubat. 

Lebih kurang jam 8.30 malam, aku dan Hubby gerak balik ke rumah mertuaku di Presint 16, Putrajaya. Kitorang sanggup tahan lapar ni, sebab nak makan dengan MIL ku... sampai2, aku terus cakap kat MIL.. lapar lah mak... hehehe!! Bertuah punye menantu kan... nasib baik lah suami dah bagitahu awal2 yang kami ni nak balik. MIL ku masak kari daging.. nyummm2!!!

Esoknya, Abah bertolak balik Kelantan pkl 5.30 petang.. dengan flight Firefly di Airport Subang. Semuanya dah selesai... Abah pun dah tak risaukan Aqeef lagi dah... dia dapat balik dengan senang hati. Abah masuk je ke balai berlepas, aku, Hubby, adik dan adik iparku dapat sms serentak daripada Abah.. "SELAMAT TINGGAL ANAK2 TERSAYANG. INSYA ALLAH KITA JUMPA LAGI. DOA ABAH KALIAN SENTIASA BAHAGIA." Rasa sebak pulak, walaupun sekejap je jumpa Abah, tapi Alhamdulillah dapat melepas kerinduan di hati. Harapanku, semoga apa yang kitorang semua rancang untuk family day bulan Jun nanti akan dapat direalisasikan... amin.

* Buat sementara waktu ni, setiap entry aku takde gambar ye... Note aku rosak... huhuhu!! Nasib baik ada warranty lg, dah pun hantar ke kedai, In Sha Allah akan siap dalam masa 2 minggu. Terpaksa la pakai henset cap ayam jap... leceh betul rasanya duk tekan2 keypad getah ni.. hahaha... nasib la!!!