JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Tuesday, February 26, 2013

Kembali Ceria...


Salam semua...

Cayee da cihat la :)
Kupanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.... akhirnya Aqeef dah keluar wad pada petang Jumaat yang lalu. Aku ambil cuti kecemasan pada hari tersebut dan bertolak ke Banting bersama Hubby. Abahku dah sampai sehari lebih awal. Kami terus menuju ke Wad Kanak-Kanak Hospital Banting. Bertolak agak lambat sebab Hubby ada taklimat pada sebelah pagi. Sampai Banting pun dah hampir pukul 5 petang. 

Daripada jauh, aku dah nampak Abah tengah dukung Aqeef, tersengih2 si kecil tu. Alhamdulillah, dah tak demam. Ape lagi, terus kena gomol, berebut-rebut dengan Hubby nk pegang Aqeef... hehehe!!!! Lagi happy sebab dapat jumpa Abah, rinduku terubat jua. Sementara tunggu Mama & Papa Aqeef uruskan hal keluar wad, aku, Hubby dan Abah lepak2 kat taman depan wad sambil main2 dengan Aqeef. 

Lebih kurang jam 6 petang, setelah selesai semuanya.. kitorang bertolak balik ke rumah Papa & Mama Aqeef di Kampung Bukit Changgang. Hubby lepak2 dan borak2 dengan Abah sekejap... sementara tunggu nak solat maghrib. Aku duk melayan gelagat Aqeef... comel sangat bila nampak gigi bawahnya dah tumbuh.. sebatang je pun.. hihihihi!!! Makin cute.. patutlah Mama Aqeef cite, kat dalam wad, ramai nurse yang minat kat Aqeef dan gelarkannya BUDAK SALJI.. sebab kulit putih kn.. bulat pulak tu!!

Lepas solat maghrib.. aku plan nak bawak Abah dan Mama Aqeef keluar makan kt kedai sebab Papa Aqeef keluar mengajar tuisyen. Tiba2 je Abah pening kepala.. berdenyut2 katanya. Agaknya sebab seharian duduk kat hospital temankan Mama Aqeef & Aqeef. Aku suruh Abah rehat sementara aku bersama Hubby keluar tapau makanan, Mama dan Aqeef pun ikut sama sebab nak tunjuk kedai makan yang sedap, aku dan Hubby tak biasa sangat dengan kedai2 kat kawasan tu. Lepas tapaukan Abah nasi goreng, kitorang terus balik dan kejutkan Abah untuk makan sebelum telan ubat. 

Lebih kurang jam 8.30 malam, aku dan Hubby gerak balik ke rumah mertuaku di Presint 16, Putrajaya. Kitorang sanggup tahan lapar ni, sebab nak makan dengan MIL ku... sampai2, aku terus cakap kat MIL.. lapar lah mak... hehehe!! Bertuah punye menantu kan... nasib baik lah suami dah bagitahu awal2 yang kami ni nak balik. MIL ku masak kari daging.. nyummm2!!!

Esoknya, Abah bertolak balik Kelantan pkl 5.30 petang.. dengan flight Firefly di Airport Subang. Semuanya dah selesai... Abah pun dah tak risaukan Aqeef lagi dah... dia dapat balik dengan senang hati. Abah masuk je ke balai berlepas, aku, Hubby, adik dan adik iparku dapat sms serentak daripada Abah.. "SELAMAT TINGGAL ANAK2 TERSAYANG. INSYA ALLAH KITA JUMPA LAGI. DOA ABAH KALIAN SENTIASA BAHAGIA." Rasa sebak pulak, walaupun sekejap je jumpa Abah, tapi Alhamdulillah dapat melepas kerinduan di hati. Harapanku, semoga apa yang kitorang semua rancang untuk family day bulan Jun nanti akan dapat direalisasikan... amin.

* Buat sementara waktu ni, setiap entry aku takde gambar ye... Note aku rosak... huhuhu!! Nasib baik ada warranty lg, dah pun hantar ke kedai, In Sha Allah akan siap dalam masa 2 minggu. Terpaksa la pakai henset cap ayam jap... leceh betul rasanya duk tekan2 keypad getah ni.. hahaha... nasib la!!!

Thursday, February 21, 2013

Aqeef Kesayangan Atuk


Salam semua...

Semalam, dengan bantuan cousin aku, Abang Zul, aku berjaya booked tiket flight untuk Abah... Abah nak jenguk cucu kesayangannya, Aqeef di wad Hospital Banting. In Shaa Allah ptg ni, Abah akan fly dari Kota Bharu pukul 7.50 petang... Abang Zul akan jemput Abah di KLIA. 

Tergambar kerisauan Abah terhadap satu2nya cucu yang dia ada... Papa Aqeef bagitahu aku, doktor cakap sekarang memang musim jangkitan kuman tapi belum tahu daripada mana puncanya. Bile teringat kaletah Aqeef, rasa sedih pulak... Umi cerita, masa kat kampung haritu, Aqeef dah pandai main. Ceria je.. 

Doaku semoga Aqeef cepat2 sembuh dan semoga Papa dan Mama Aqeef sabar dengan dugaan ini... Aku hanya dapat melawat Aqeef pada Sabtu ini, tunggu Hubby dapat offday. In Shaa Allah....




Wednesday, February 20, 2013

Sembuhkan dia Ya Allah!!!


Salam semua...

Semalam aku dapat berita, satu2nya anak buah kesayanganku telah ditahan di wad Hospital Banting kerana jangkitan kuman dalam air kencing. Tambahan pula, dia tengah demam. Berita terakhir yang aku terima, masih menunggu keputusan ujian air kencing daripada doktor.


Ya Allah.. aku berdoa kepada-Mu.. sembuhkanlah Ahmad Aqeef Amzar seperti sediakala. Kepada saudara-mara dan rakan2 yang mengenali diri ini, kupinta doa daripada kalian juga. Terima kasih...


Buat Aqeef, Ibu sentiasa menyayangimu. In Sha Allah Ibu & PakLong akan datang melawat Aqeef... 

Tuesday, February 19, 2013

Aku Mencari Ketenangan Hati....



Hati yang terluka umpama besi bengkok.. walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya...


Kadangkala ALLAH hilangkan MENTARI... kemudian DIA datangkan GURUH...
Puas kita menangis mencari di mana MENTARI... rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI yang indah....
Duhai HATI... sabarlah... kerana ada MANISAN di sebalik KEPAHITAN ini...


Muhasabah diri ; Ketika hati kotor, maka ucapan pun akan menjadi kotor.. kerana ucapan adalah gambaran hati si pemiliknya...


Tatkala tingkahlaku disalahertikan, kepahitanlah yang terpaksa ditelan. In Sha Allah... masa akan berlalu dan semuanya akan kembali seperti sediakala.. bahagia pasti akan kembali menjelma.. amin.


Wednesday, February 13, 2013

Short Vacation ~ Pangkor Island

Salam semua...

Pantas masa berlalu, cuti Chinese New Year selama 4 hari dah tamat. Hari ni liat betul nak masuk kerja. Tersangat2 malas rasanya nak bangun pagi tadi. Tapi terpaksalah, dah tugas kan.. Hubby pun masuk kerja hari ni jugak, kembali bersendirianlah nampak gayanya. 

Akhirnya, apa yang aku dan Hubby rancang terlaksana sudah. Dapat jugak kitorang bercuti di Pulau Pangkor. Walaupun 2 hari je, tapi cukup2 berpuas hati bila dapat buat macam2 aktiviti. Perjalanan dari Tapah ke Jeti Lumut mengambil masa 1 jam setengah, alhamdulillah tak hujan walaupun cuaca agak mendung. Sampai di Jeti Lumut, kitorang parking kereta di tempat khas yang disediakan untuk mereka2 yang nak ke Pulau Pangkor. Bayaran RM 8.00 untuk sehari dan jangan risau tentang keselamatan kenderaan anda kerana ada pak guard yang jaga dan ronda di kawasan sekitar. 

Masa tu dah jam 12.30 tengahari, perut pun dah berkeroncong kelaparan.. kitorang decide nak isi perut dulu. Kat Jeti Lumut tu banyak sangat kedai2 makan, rambang mata nak pilih. Ada yang sediakan nasi dan lauk pauk campur, ada jugak nasi ayam dan segala jenis mee.. so boleh pilih ikut selera masing2. Dah kenyang isi perut, kitorang terus beli tiket feri, kebetulan ada feri yang nak gerak jam 1.15 petang.. terus naik la kan... tak sabar2 dah ni. Perjalanan dengan feri mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. 

Kitorang sampai ke Jeti Pangkor jam 1.45 petang, kitorang terus naik teksi untuk ke Teluk Nipah. Aku dah booked awal2 bilik di Pangkor Bay View Beach Resort. Teksi kat sana semuanya van yang berwarna pink. Tambang untuk sebuah teksi berbeza mengikut tempat yang kita tuju. Kalau nak ke Teluk Nipah, tambangnya RM 15.00.. kalau nak ke Pasir Bogak, tambangnya RM 10.00. Kali pertama datang ke sini dengan Hubby dulu, kitorang pilih hotel di Pasir Bogak.. kali ni kitorang nak stay kat Teluk Nipah pulak sebab resort2 kat situ lebih dekat dengan pantai. Resort yang kitorang stay ni pun, kalau berjalan kaki ke pantai tak sampai 2 minit. Gerai2 makan tepi pantai pun banyak, so tak payah risau sekiranya pihak resort tak include breakfast.

Naik teksi PINK :)
Pekan Pangkor

Sampai dah kat resort...
Pangkor Bay View
Ada swimming pool
Lepas check in, naik solat Zohor jap. Alang2 kitorang nak tunggu waktu asar kan, Hubby ajak round2 ngan motosikal. Kitorang sewa sebuah motosikal dengan harga RM 30.00 sehari. Sepanjang kahwin kan, baru sekali je aku naik motor ngan Hubby, masa kat Pangkor jugak, tengah honeymoon kali pertama. Ni kira kali kedua la, aku gayat sebenarnya.. ni pun banyak kali aku pesan, jangan bawak laju2. Hubby bawak daripada Teluk Nipah, Pasir Bogak hingga lah ke Teluk Dalam. Sempat singgah bergambar di Kota Belanda.

merempit sekitar pulau dgn cik abe :)
Kota Belanda











Tgh merempit, terperasan tempat ni.. kat celah2 rumah org je...


I wanna fly!!!!!!!!!

Masuk waktu Asar, kitorang balik bilik untuk solat dan salin baju then terus turun ke lobi. Masa check in kitorang dah bayar siap2 bayaran untuk Island Hoping & Snorkeling. Selalunya bayaran RM 15.00/person dikenakan kalau ramai2. Tapi disebabkan kitorang berdua je, untuk 1 boat dikenakan bayaran RM 50. Orang yang bawak boat tu datang ke resort untuk ambik kitorang pastu terus jalan ke pantai. Dah siap pakai safety jacket, naik boat.. pastu yahooooo!!!!!!!!!! Hahaha... gile berderau darah aku bile bro tu bawak boat laju2. Pipi ni rasa kena tampar2 lembut je ngn angin.. best sangat2!! Bro tu tinggalkan kitorang kat area snorkeling, Hubby suruh dia dtg pickup kitorang pukul 6.30 petang. So ada masa lebih kurang sejam lebih, snorkeling la puas2 kan. Jenuh gak la Hubby ajar aku, pengalaman pertama aku ni, sah2 la aku duk telan air masin je kan.. nasib baik tak kena darah tinggi.. hehehe!! Hubby mmg dah expert la bab snorkeling sebab dia pernah wat aktiviti ni dengan kawan2 dia dulu. Seriously, sangat2 seronok.... dapat jugak la aku tengok ikan2 kat dalam laut tu secara real. Agak2 dah kecut2 kulit tangan, aku naik la lepak kat batu2 besar.. sambil tengok Hubby yang tengah syok berenang2 macam ikan paus.. hehehe!! Aku mana lah pandai berenang macam Hubby, so tengok je la kan. 

Atas boat.. huhuhu.. gayat!!
Tempat utk snorkeling


Gaya je lebih tu :P
Kepenatan....

Best!!

Bro yang bawak boat tu datang ambik kitorang seperti yang dijanjikan.. then dia terus bawak kitorang pegi Island Hoping plak. Dapat tengok pulau2 kat situ, yang menariknya ada batu2 yang berbentuk seperti kepala buaya, ikan paus dan penyu... sempat gak la Hubby ambik gambar.. aku tetap duduk statik atas boat tu, gayat rasanya kena lambung ombak.. takut!!! Ini antara gambar yang Hubby sempat ambik masa atas boat.



Batu berbentuk kepala buaya
Batu berbentuk penyu
Batu berbentuk ikan paus
Aktiviti mencandat sotong
Sampai je ke darat, Hubby ajak terjun swimming pool kat resort... saje habiskan masa yang ada, sementara nak tunggu Maghrib kan.. 

Sampai ke darat dah...
Menyelam sini pulak
Penat ke bang??
Weeeeee.....
Dah rasa penat, terus naik bilik, mandi dan solat maghrib. Then, kitorang siap2 untuk keluar makan malam. Dalam kepala dah set nak makan ikan bakar... turun dari resort, terus merempit kat tepi pantai. Berderet kedai2 makan kat situ, makanan laut dah tersedia dengan "Harga Siap Masak"... Aku suruh Hubby je pilih, perut dah lapar ni. Hubby pilih ikan Siakap dengan harga RM 35.00 seekor (besar sangat ikan ni, kitorang suruh bakar je) dan 4 ekor sotong besar (suruh buat masak sambal) dengan harga RM 20.00. Tambah order nasi putih 2 pinggan dan sayur kailan ikan masin. Memang sangat2 sedap, ikan dan sotong pun fresh. Berbaloi habis RM 60++ malam tu sebab menu yang menepati selera kitorang. Tapi ikan tu tak dapat dihabiskan ye.. saiznya besar sangat, kalau makan bertiga atau berempat boleh habis kot.. hihihi!!

Makan malam tepi pantai
Ikan Siakap Bakar
Menu pilihan Hubby
Sotong Masak Sambal
Jemput makan, jgn malu2 :)
Bila perut dah kenyang, kitorang round lg kat tepi2 pantai ngan motosikal.. saje ambik angin malam. Dah agak2 penat tu, balik le bilik.... layan tv jap (ada astro).. pastu Zzzzzzz...... Pagi esoknya, kitorang checkout lebih kurang pukul 10 pagi. Memang kena balik Tapah awal sebab Hubby kena masuk kerja pukul 4 petang. Lepas checkout, Hubby hantar motosikal yang kitorang sewa dan terus naik teksi ke Jeti Pangkor. Aku sempat ajak Hubby shopping jap kat kedai2 sekitar jeti. Then, kitorang naik feri untuk balik ke Jeti Lumut. Dari jeti, kitorang terus gerak balik ke Tapah. Sampai lebih kurang pukul 1.30 petang, tu pun lambat sikit sebab singgah Teluk Intan untuk beli barang sikit. Langkah kanan betul kitorang aritu sebab jiran buat kenduri kahwin anaknya, sampai2 terus makan kenduri lah.. hihihi.. Alhamdulillah!!

Nak balik dah..


Jeti Pangkor

Percutian singkat ni sangat menyeronokkan, walaupun tak dapat balik kampung berkumpul dengan ahli keluarga, dapat jugaklah pujuk hati ni.. thanks my dear Hubby.. In Shaa Allah ada rezeki nanti kita plan for another vacation. Amin.....