JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Friday, January 18, 2013

Erti Sebenar Kebahagiaan


Salam semua....

Kali ini aku ingin berbicara tentang ERTI SEBENAR KEBAHAGIAAN buat diriku. Sejujurnya.. aku sangat mendambakan kehadiran cahayamata dalam perkahwinanku. Tapi siapalah aku untuk mengadakan itu semua kerana takdir hanya terletak di tangan Allah S.W.T. Usia perkahwinan aku dan suami telah pun mencecah usia 2 tahun 7 bulan. Kami masih lagi berusaha dan tidak pernah sesekali berputus asa. In Shaa Allah, sekiranya diizinkan Allah S.W.T, masa itu akan tiba... lambat atau cepat, kami redha.

Alhamdulillah, keluargaku amat memahami situasi kami. Abahku terutamanya, beliaulah insan yang banyak memberi nasihat dan memintaku bersabar. Begitu juga ibu mertuaku, tidak pernah sekalipun dia menyentuh isu anak... katanya, SABAR. Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T.. kalau ada Alhamdulillah, kalau tiada, kena redha. 

Cukuplah orang tua kami dan keluarga yang memahami.. aku tak pernah peduli cakap2 orang luar. Mereka tiada hak untuk mempersoalkan takdir yang Tuhan sudah tetapkan pada kami. Tapi dah lumrah manusia, bila kita belum kahwin, ditanya bila nak kahwin. Dah kahwin.. ditanya pula bila hendak mendapat anak. Dah ada anak.. ditanya bila hendak tambah anak lagi... sampai bila2 pun takkan pernah berpuas hati. 

Aku dah lali dengan pertanyaan tentang anak... dulu sekiranya setiap kali berhadapan dengan manusia2 sebegini, airmataku amat mudah mengalir. Sekarang, In Sha Allah aku takkan menangis lagi. Akan aku cekalkan hati ini... selagi aku terdaya. Aku sebenarnya tidak bermasalah kalau orang2 bertanya dengan cara yang baik.. percayalah aku akn jawab dengan baik juga. Ini tidak... ada segelintir yang bertanya seolah2 aku yang tak mahu mengandung dan mempunyai anak. Contoh2 soalan yang menyakitkan hati;

1) Hah kamu!! Dah 'ada' belum? Berapa lama dah kamu kawen? (dengan tersenyum sinis)
2) Kamu tak mengandung lagi ke? Dah pegi berubat ke belum?
3) Rugilah kamu takde anak... (merujuk situasi di hari raya bila anak2 orang lain beratur nak dapat duit raya)

Huh!! Agak2 sakit hati tak? Kalau ikutkan hati aku, nak je aku jawab dengan cara yang tidak sopan ye... biar puas hati ni. Tapi suami aku selalu mintak aku sabar, sebabnya orang2 yang bertanya tu kebanyakannya agak berusia. Memang agak tidak sopanlah kalau aku menjawab dengan mereka2 ni. Lagipun orang2 macam ni bukan 'makan saman'... lain kali, mereka akan bertanya soalan yang sama kalau terserempak dengan aku lagi. Sabar je lah..........

Untuk mereka yang tergolong dalam kumpulan seperti di atas... TOLONGLAH!!! Cuba letak situasi aku ni pada orang2 yang terdekat dengan mereka, anak sendiri ke, menantu sendiri ke, adik beradik sendiri ke.. masa tu barulah nak sedar 'langit itu tinggi atau rendah'. Manusia tiada yang sempurna.. qada' dan qadar kita ditentukan oleh-Nya, bukan ditangan kita.



Berbalik kepada ERTI SEBENAR KEBAHAGIAAN... Ya!! Aku dah cukup bahagia dengan kehidupanku. Kenapa? Kalau tiada anak, aku tak berhak untuk merasai erti bahagia ke? Tidak!!! Aku memang bahagia... bahagia sebagai seorang isteri kerana aku mempunyai seorang SUAMI yang sangat2 baik dan bertanggungjawab. Aku bahagia sebagai seorang anak kerana aku mempunyai seorang ABAH dan UMI yang sangat2 memahami dan mengasihi aku. Aku bahagia sebagai seorang KAKAK kerana aku mempunyai 4 orang ADIK yang sangat menghormati dan menyayangi aku. Itu semua sudah cukup untuk aku merasa SYUKUR... ALHAMDULILLAH!!! Aku tidak layak untuk merungut dan mengatakan Allah S.W.T tidak adil kerana setiap perancangan-Nya untuk aku dan suami adalah yang terbaik. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa kepada-Nya agar suatu hari nanti, DIA mengurniakan zuriat sebagai penyeri dalam hubungan kami.


Di sini aku petik ayat dari http://nuriman.wordpress.com

"Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH S.W.T.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat."

Benar... harus usaha tanpa kenal erti jemu. Aku takkan sesekali menyerah dengan takdir... In Shaa Allah, aku dan suami akan berusaha selagi termampu.. dan sudah tentu juga berdoa kepada-Nya sepanjang masa. Mudah-mudahan... impian aku dan suami akan diperkenankan suatu hari nanti.

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
Amin amin amin... Ya Rabbal Alamin....

Thursday, January 17, 2013

Percutian Tanpa Dirancang

Salam semua....

Semalam dan harini, kat ofis... aku duduk mengadap fail2 yang berlambak kat atas meja.. sampai takde ruang dah. Bila fikirkan aku ni nak cuti panjang, memang kena siapkan semuanya minggu ni jugak. Tak nak la masa aku cuti tu, orang lain susah pulak nk cari ape2 surat penting dan nak rujuk fail kan.. Aku pun nak bercuti dengan hati yang senang, tak nak fikir pasal keje. Fail2 untuk pelupusan pun baru suku je aku sentuh, kena siapkan minggu depan sebelum start cuti... caiyokk2!!!

Rutin harian aku lepas keje, jarang sgt nak masak2 untuk suami. Ye la.. da suami aku bukannya hari2 ada kat rumah. Dalam seminggu tu, kadang ada la 3-4 hari je kat rumah. Selebihnya, dia kat rumah sewa di Sungai Renggam. Lebih kurang sejam dari Tapah kalau nak berulang setiap hari. Permohonan tukar ke IPD Tapah masih lagi belum ada keputusan, katanya kena tangguh tahun depan atas sebab2 tertentu. 

Itulah hakikatnya.. kali ni giliran suami aku berkorban. Pada tempoh awal perkahwinan, aku berkorban untuk rumahtangga kami. Kami duduk berjauhan lebih kurang 1 tahun 2 bulan. Suami di Ulu Kayan, Perak manakala aku di Kuala Lumpur. Setiap minggu aku akan balik dengan menaiki bas ekspress di Hentian Duta dan turun di Teluk Intan, lebih kurang 3 jam perjalanan. Rakan2 pejabat masing2 dah biasa tengok aku sandang beg setiap hari Jumaat, habis je keje, terus ambik teksi ke Hentian Duta. Aku akan sampai di Teluk Intan lebih kurang jam 8.30 malam. Penatnya badan tak tertanggung tapi itulah pengorbanan namanya. 

Sekarang ni, rasa dah malas sangat nak naik bas... cukup2 lah. Badan aku ni tak sanggup dah nak travel jauh2. Sebenarnya aku kesian tengok suami berulang dari Tapah ke balai... aku yang tengok pun rasa penat apatah lagi tuan punye badan. Sebab tu lah bila tak keje, dia banyak tido je kat rumah. Aku selalu biarkan je dia tido puas2, selalu sangat tak cukup tido. Aku sangat2 hargai pengorbanannya.. sebab tu lah sesekali dia ada kat rumah tu, mood rajin memasak tu datang.. hehehe!!!! Aku suke masak untuk suami, lagi2 bila tengok dia berselera makan. Teringat pulak pesanan ex-boss aku kat HQ dulu, masa tu aku baru je melangsungkan perkahwinan. Tuan Kamarulzaman pesan, "Nana lepas kawen, kena rajin masak untuk suami.. itu pesanan mak saya pada isteri saya masa saya mula2 kawen dulu. Biar suami makan masakan air tangan Nana..". Wahh!! Of course la aku amalkan (masa rajin je la).. Hehehe...

Alamak.. da lari tajuk!! Hahaha.. asalnya aku nak cite pasal Cuti-Cuti Malaysia. Kisahnya, aku dengan suami ni, kalau nak pegi berjalan ke mana2, kitorang tak boleh plan awal2 ye.. sebab selalu sangat tak jadi. Ada je halangan.. plan sikit punye baik, tup2 tak jadi. Suami kena standby lah, tak dapat off-day lah, jadual keje last minute bertukar lah... aku gak yang makan hati. Huhuhu!!! So.. kitorang wat relax je.. kalau ada je hari yang suami tak keje, dan kalau dia tak penat.. tak payah tunggu aku ajak. Dia sendiri yang akan.. JOM!!! Hikhikhik!!! Aku on aje.. senang je nak apply cuti.. 

Yang terbaru, kitorang ke Cameron Highlands pada cuti Tahun Baru, 1 Januari yang lalu.. dekat je la dengan rumah kitorang, lebih kurang 1 jam perjalanan je. Dah setahun lebih menetap kat Tapah ni, baru sekarang berpeluang naik Cameron tu. Suami balik dari keje pagi tu, dia tido jap.. lepas makan tengahari, aku tanya suami, nak pegi jalan2 je ke atau nak tido sana?? Ye la.. aku nak le packing2 kan kalau nak tido sana. Suami aku cakap, packing je baju untuk 1 malam... nanti kita tengok keadaan. Oraittt bos!!! Kitorang bertolak lebih kurang pukul 2 petang.. teruknya jalan lama nak ke Cameron tu. Suami malas lalu jalan ikut Simpang Pulai sebab jauh.. so redah je la. Alhamdulillah.. selamat gak sampai kat Tanah Rata. Sempat jugak singgah sekejap kat Cameron Bharat Plantations untuk minum teh. Kat situ, dah mula rasa angin sejuk sepoi2 bahasa.. hehehe!!

Lepas minum, masa nak ke kereta, ada sorang apek cina dalam lingkungan umur 50-an tegur kitorang. Dia tanya, nak tak sewa banglo dia hari ni. Dia bagi harga special untuk hari ni je.. RM100 pernight. Padahal harga biasa ialah RM400 pernight. Kebetulan la kitorang pun belum cari hotel lagi.. kira langkah kanan la kan. Terus follow apek tu ke banglo yang dia cite tu.. kat Tanah Rata. Kat situ banyak banglo2 untuk disewa.. Puncak Arabella namanya. So kitorang setuju je la... malas dah nak cari hotel lain. Banglo ni pun cantik & selesa. Kitorang plan nak balik ke Tapah keesokan paginya sebab suami kena masuk bertugas pukul 1 petang. Tapi punya lah aku seronok bila suami dapat call dari balai, giliran bertugasnya dah tukar pukul 4 petang. Hehehe.. takdelah kitorang kelam kabut nak balik pagi2 kan... ada la masa untuk jalan2 lagi.

Wahhh.. panjang berjela plak cite aku ni.. stop sini je la ye.. kita layan je gambar2 sepanjang kitorang kat Cameron Highlands. Percutian yang singkat tapi sangat bermakna...






































Monday, January 14, 2013

Doa Buatmu... MAK Yang Dirindui...


Hari ni ‎14 Januari 2013.. Bererti genap 9 tahun pemergian arwah MAK menyahut panggilan Ilahi. Walaupun 9 tahun itu adalah tempoh yang agak lama tapi percayalah.. kerinduan anak-anakmu tidak pernah padam.. Doa kami buatmu....

Ya ALLAH Ya Tuhanku,

KAU cucurilah rahmat ke atas roh ibuku,Kau jadikanlah kubur ibuku sebahagian daripada taman-taman syurgaMU Ya ALLAH,

Jangan kau jadikan kubur ibuku sebahagian dari liang-liang api neraka jahanam MU itu Ya ALLAH, 

Kami percaya kubur itu GELAP, KAU jadikan doa kami ini sebagai penerang untuk ibu di dalam kubur sana,

Kami percaya kubur itu AZAB YA ALLAH, KAU peliharakanlah ibu kami dari seksa kubur ini YA ALLAH, 

Kami juga yakin kubur itu SEMPIT, KAU lapangkanlah kubur ibu kami ini dengan doa-doa kami ini YA ALLAH.... Amin.... 


MAK.. Semoga MAK tenang di sana dan semoga Allah S.W.T tempatkan MAK di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. Amin!!!

Friday, January 11, 2013

ABAH... Insan teristimewa di hatiku...


Salam semua...

Mood nk sambung cerita Cinta Futsal tu belum datang la.... nanti2 lah ye.. Ada kesempatan nanti aku akan sambung.. Redup je cuaca ptg Jumaat ni. Encik suami dah pegi keje jam 2.30 ptg td, jam 12 mlm ni baru balik rumah. Semalam lepas aku habis keje, suamiku ajak keluar ke Teluk Intan.. saje nak jalan2. Mmg aku perasan sesuatu semalam, sikap suamiku lain macam sikit. Selalunya aku yang suka ajak dia keluar. Tapi semalam dia yang beriya2 nak keluar. Layan je la... Suami bawak aku makan chicken chop kat City Mewah.. pastu on the way balik, dia bleh plak singgah tapau burger bakar.. hahaha!!! 

Sebenarnya.. dalam hati ni rasa tak sabar2 nak balik kampung (KELANTAN). Aku rasa rindu sangat2 kat Abah... kalaulah kampung aku dekat, tiap2 minggu aku nak balik jumpe Abah. Pusara arwah Mak pun da lama aku tak pegi.. last balik kampung dulu, tak dapat nak ziarah sbb Cik P.. Aku da plan nak cuti Chinese New Year ni, suami pun sama, nak cuti panjang katanya... Selalunya, kalau balik kampung, paling lama pun 5 hari.. tu belum tolak lg sehari perjalanan balik. Moga-moga cuti yang suami apply tu diluluskan. Kalau tak, terpaksalah aku balik sorang2 dgn bas je... huhuhu!!!

Gambar lama... masa kat rumah Opah Kuala Kangsar
Kesian Abah.. dulu rumah tu riuh je. Sekarang ni, anak2 Abah semuanya merantau jauh. Aku of course lah duduk Perak ni sbb ikut suami. Masa bujang dulu, duduk KL, lg jauh.. Adik pertama aku, Nur Ayuni sekarang menetap di Banting, Selangor bersama suami & anaknya. Adik kedua aku, Hidayati.. paling jauh berbanding yang lain2.. di Kuching Sarawak. Ida bertugas di Hospital Umum Kuching. Adikku yang ketiga, Nur Hafizah sekarang ni belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.. 

So.. yang tinggal kat kampung dgn Abah sekarang hanyalah Umi (ibu tiriku) dan adik bongsuku, Muhamad Arif Hakim. Syukur Alhamdulillah... ada juga yang menemani Abah di saat2 anak2nya tiada di sisi. Besar jasa Umi, menggantikan arwah Mak.. menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dengan sempurna. Terima kasih Umi!!! Hakim pun dah masuk darjah 2, cepatnya masa berlalu. Dah semakin bijak & petah.. penyeri dalam keluarga aku. Tapi ada sorang lagi penyeri baru.. anak buah aku, Ahmad Aqeef Amzar, anak kepada adikku, Ayuni. Sekarang usianya dah 3 bulan lebih.. sgt2 comel!! 

Aku tahu.. perempuan ni bila dah berkahwin, suami harus diutamakan. Aku ingat lg pesan Abah selepas aku bergelar isteri. "Ape pun yang Ana buat, kena minta izin Ari. Contohnya kalau Abah sakit, Ana nak balik jenguk Abah. Kalau Ari tak izinkan, Ana tak boleh balik. Ingat tu.... Ana tanggungjawab Ari, bukan Abah lagi..". Terngiang2 lg ditelingaku.. Syukur Alhamdulillah aku dapat suami yang sgt2 memahami. Bukan sekali dua aku menangis tiba tanpa sebab.. semata2 krn aku rindukn Abah. Abah adalah segala-galanya bagi aku selepas pemergian Mak menyahut panggilan Illahi. SEGALA-GALANYA!!! Aku dikurniakan seorang suami yang juga sgt rapat dgn Maknya.. sgt manja.. kalau bergayut fon dgn Maknya, gayanya kalah org bercinta. Hahaha!!! Mungkin faktor itulah yang buat suamiku faham betapa sygnya aku pd Abah.

Sambil layan perasaan rindu pada Abah.. gambar-gambar inilah pengubatnya. ABAH... Ana doakan Abah sentiasa sihat, bahagia dan gembira..


Masa bawak Abah & family jalan2 di Putrajaya
Abah bersama Umi ketika Aidilfitri tahun 2011
Di Putrajaya
Ketika Abah dan Umi baru tiba dari Tanah Suci


Selamat kembali buat Abah & Umi.. selamat mengerjakan haji di Tanah Suci.. bersama Hakim


Aidilfitri 2011.. Abah bersama Pakteh & suamiku


Makan2 kat Chim Chum.. Abah bersama Umi

Kenangan di Tanah Suci Mekah

Abah bersama Umi di Mekah

Handsome kan..

Buah hati pengarang jantungku..

Abah.. Walau Abah jauh di mata, namun Abah tetap dekat di hatiku...

Wahai Kaum SUAMI.. Bertanggungjawablah!!!!



Salam semua... kali ni, aku nak kongsi entry yang aku baca drp blog SUZANA BT GHAZALI, seorang Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie di Bina Bahagia Sdn. Bhd. Tajuknya, MENANGANI SUAMI YANG MALAS. Menarik kan? 

Beliau mengumpulkan semula topik-topik yang pernah beliau bincangkan bermula September 2004. Moga bermanfaat untuk semua. Jom kita kongsi bersama.....


MENANGANI SUAMI YANG MALAS


Tajuk utama akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24hb Januari amat menarik perhatian saya: Lelaki berkeluarga dilanda sindrom malas bekerja. Isu yang dibentangkan oleh Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim memang saya akui kebenarannya. Sejak hujung tahun 2005, saya menerima banyak aduan daripada para isteri mengenai sikap suami yang malas. Kalau malas membantu isteri di rumah tu, memang perkara biasa lah dan tak lah mengejutkan sangat. Masalahnya, aduan mengenai suami malas yang diterima adalah malas bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Memang satu kes melampau. Ada satu aduan, isteri berusaha membantu suami yang hanya bekerja sebagai operator pengeluaran mencari nafkah untuk keluarga dengan membuat jualan nasi lemak. Malangnya bila isteri mempunyai pendapatan sendiri, suami mula lepas tangan, tidak lagi memberikan perbelanjaan untuk isteri dan anak-anak. Isteri tidak patah semangat, hasil pendapatan disimpan sedikit demi sedikit untuk membuka sebuah kedai runcit. Bila kedai runcit berjaya dibuka, suami bertindak berhenti kerja. Saban hari suami meminta duit daripada isteri untuk belanja diri sendiri dan duit rokok.

Itu hanya satu kes, masih banyak aduan lain yang kalau nak saya ceritakan segalanya di sini, memang boleh dijadikan beberapa buah novel. Namun, sesuai dengan tajuk perbincangan kali ini, sikap malas suami ini bukan hanya untuk diceritakan apatah lagi ditangisi oleh para isteri. Sikap malas suami perlu ditangani. Saya akui memang payah nak ubah sikap suami apatah lagi oleh seorang isteri. Menyuruh suami berubah sikap memang akan dikatakan isteri bersikap kurang ajar. Walau rumit keadaannya, bukan bererti masalah ini tidak boleh ditangani dan untuk menanganinya, isteri perlu tabahkan hati, kuatkan tekad dan semangat dan ubah sikap menjadi seorang yang agak keras hati. Kenapa perubahan sikap ini perlu? Kerana dengan perubahan sikap anda sahajalah, anda mampu mengubah sikap suami anda, insyaAllah.

Setelah anda mengubah sikap anda, ubahlah pula cara anda berhadapan dengan suami yang malas. Perlu diingat, suami boleh menjadi malas kerana sikap isteri sendiri. Ada isteri yang terlalu memberi muka kepada suami. Suami nak kerja lebih masa tak diizinkan dengan alasan risau suami beralih kasih. Bimbang dimadukan, ada isteri yang sanggup melakukan dua hingga tiga kerja untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga. Memanglah satu hasrat dan kerja murni tetapi secara tidak langsung, sikap isteri ini menyebabkan suami akan rasa isterinya mampu memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga lebih baik daripada dirinya. Kalau dah begitu keadaannya, tak perlu lagilah suami bekerja. Bagi mengelakkan sikap begini berleluasa, isteri perlu lebih tegas dan berhati-hati ketika membuat keputusan. Sebagai suami yang pastinya seorang lelaki dan terkenal dengan segala kekuatannya, biarlah suami yang bekerja lebih teruk dan kuat daripada anda. Jangan kusutkan fikiran dengan kebimbangan kasih suami beralih arah. Percayalah, jika suami anda merasa betapa perit dan sakitnya menanggung seorang isteri, dia akan berfikir seribu kali untuk mempunyai isteri lagi.

Satu lagi sikap isteri yang perlu diubah bagi mengubah sikap suami ialah, jangan berikan duit belanja kepada suami walaupun suami memaksa. Perlu diingat, hasil pendapatan anda adalah hak anda sepenuhnya. Walaupun suami mengizinkan anda bekerja, ianya bukan tiket atau alasan untuk suami anda memeras duit anda. Jika suami mengambil atau menggunakan wang hasil titik peluh anda, ianya adalah hutang yang perlu dibayar oleh suami walaupun isteri tidak menuntutnya, lainlah kalau isteri anda menghalalkannya dan perlu diingat juga, halal daripada pihak isteri adalah halal dengan rela dan sepenuh hati bukan terpaksa. Saya faham, ada kes isteri terpaksa memberikan wang kepada suami kerana suami menggunakan kekerasan. Kalau isteri tak nak berikan duit, isteri akan ditempeleng dan disepak terajang. Jika kes penderaan seperti ini berlaku, jangan fikir panjang lagi, cepat-cepat adukan kepada pihak yang berkuasa. Tidak ada celanya jika isteri berbuat demikian. Kenapa nak simpati pada insan yang langsung tak berperikemanusiaan kepada anda?

Satu perkara lagi yang boleh dilakukan oleh isteri ialah, kenalpasti punca dan sebab suami enggan bekerja kerana tidak semua kes suami tidak bekerja disebabkan malas. Jika suami tidak sesuai dengan kerja yang ada, berikan dorongan dan semangat kepada suami untuk mencari kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwanya. Namun, sebelum menyarankan perkara ini kepada suami, kenalpasti dulu apakah kerja yang suami anda suka dan tidak bosan melakukannya. Perkara suka dan gemar ini juga perlu ditangani dengan berhati-hati. Jika yang disukai suami adalah pekerjaan yang tidak menambah pendapatan keluarga, jangan biarkan suami dengan keseronokan sendiri. Ingatkan suami dengan tanggungjawabnya sebagai suami, mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Peringatan secara halus dan berhikmah.

Jika agak payah, biarkan suami dengan keseronokkannya sementara tetapi anda perlu berubah sikap. Jika selama ini anda menyediakan hidangan di rumah untuk anda, anak-anak dan suami, ubahlah pula pendekatan anda. Jangan beli barang-barang dapur. Biarkan dapur anda kosong tak berasap. Ajaklah anak-anak makan di luar. Jika suami bising tiada makanan, cakap saja makanan tak dapat disediakan kerana suami tak berikan wang belanja. Memang seperti menyerah diri untuk disakiti tetapi jika anda rasakan keselamatan anda tergugat, seperti yang saya tegaskan sejak awal, anda mampu cari jalan keluar.


Ingatlah wahai wanita, betapa besar dan tingginya kasih sayang anda kepada suami, jangan sampai anda menjadi hamba suami. Anda sepatutnya disara, dijaga makan minum, pakai dan lain-lain kemudahan untuk hidup di dunia ini, anda juga sepatutnya dilindungi… jika semua ini gagal anda perolehi daripada suami, apa gunanya lagi status sebagai isteri. Fikirkanlah….


** Itulah dia.. memang tak dapat dinafikan lg, perkara-perkara di atas ada berlaku di sekeliling kita, malah mungkin pada org-org yang rapat dgn kita. Kepada kaum SUAMI yang tergolong dalam golongan ini, berubahlah sekiranya anda sayangkn hubungan dgn isteri. Kepada kaum ISTERI yang diperlakukan seperti di atas, moga nasihat ini menjadi panduan utk anda mengubah kehidupan agar menjadi lebih baik.

Sumber :


Hutang Wajib Dibayar Walau Tidak Dituntut





Bila disebut hutang, ramai yang suka berhutang, tapi liat sangat nak membayar. Bukan tak mampu bayar, mampu, tapi sikap yang suka mendahulukan benda lain yang kurang penting, walhal HUTANG tu perkara yang wajib dibayar. Kadang2 orang yang berhutang ni bila dilihat gaya hidup, sanggup berbelanja mewah.. tapi hutang yang seciput tak nak bayar. Pergi melancong, buat umrah, haji. Tapi masih ada hutang dengan orang lain.. patutnya duit yang nak gunakan pergi melancong tu, patut digunakan bayar hutang dulu, baru boleh pikir nak pergi mana-mana.

Hutang merupakan satu jalan penyelesaian yang diberikan oIeh Islam kepada penganutnya bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Beberapa syarat diletakkan oIeh para ulama’ kepada penghutang dan pemiutang supaya kemudahan yang diberikan oIeh Islam ini tidak disalahgunakan. Islam menganggap hutang merupakan suatu amalan yang dibenarkan ketika wujud keperluan dan kepentingan. Namun Islam tidak menggalakkan berhutang jika bertujuan untuk hidup bersenang-lenang dan bermewah-mewah. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa memohon kepada Allah supaya dijauhi daripada hutang dengan sabdanya sebagaimana yang diriwayatkan oIeh An-Nasai :

Ertinya: "Ya Allah!, sesungguhnya Aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu bertanya seseorang kepadanya: Alangkah banyaknya doa Engkau meminta jauh dari hutang?" 

Maka Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia memungkiri”. 

Doa Rasulullah tersebut menunjukkan bahawa amalan berhutang merupakan amalan yang kurang sihat jika tidak diuruskan dengan sebaiknya kerana boleh menjadikan manusia kepada suka bercakap bohong dan memungkiri janji. Justeru, kita sebagai umat Islam seharusnya berusaha menjauhinya dengan sedaya mungkin.

Segelintir umat Islam pada hari ini tidak mengambil berat mengenai pembayaran balik hutang. Justeru kita melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang. Hutang-hutang pengajian, rumah, kereta, hutang syarikat atau hutang peribadi. Tidak membayar sewa dianggap remeh dan tidak penting bagi mereka. Malah ada juga yang lebih rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun.

Marilah sama-sama kita merenung Sabda nabi s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Bukhari;

Maksudnya: "

Melewat-lewatkan orang berkemampuan daripada menunaikan hak adalah zalim”.



Sumber :

1) http://www.suhaimi-isa.com

2) http://hijaurumputitu.blogspot.com