JellyPages.com

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

AHMAD AQEEF AMZAR ~ Pengubat Dukaku Penceria Kehidupanku

My Friends

Thursday, November 27, 2008

Cinta Futsal Part 2



Alhamdulillah... kenyang da. Aku turun lunch dgn KAK RINA dan KAK LINDA (hot mama!!) kat BZE Cafe td. Makan nasi goreng cina. Boleh tahan la masakan kat kedai tu, bleh pegi lg.


Aku nak sambung cerita td... hehehe!! AIDA (kwn kat LPM) beriya2 ajak aku temankan dia. Mula2 ingat nak drive pastu disebabkan waktu malam, aku tak brani. So aku temankan AIDA pegi dgn LRT je. Kitaorang gerak lps maghrib. Sampai2 je kat sane, MADI (kwn kat LPM) jemput kitaorang kat Stesen LRT Bukit Jalil. Nasib baik ada MADI sbb kitaorang ingatkan tempatnye betul2 dekat stesen tu. Rupenye agak jauh kalau kena menapak. Aku tengok ramai jugak yg datang tp aku memang da tekad tak nak main futsal, aku pegi pakai high heel lg. Takkan nak main kot!! So aku dgn AIDA sekadar datang suke2 untuk bagi sokongan kat kwn2 kitaorang je la.

Seronok tengok diaorang main, walaupn aku just jadi tukang sorak. Leka sgt, jam da dekat pukul 11 malam... alamak!! Aku dan AIDA kena blk la ni tp MADI tengah main lg. Terpaksa mintak HERMAN (kwn kat LPM) hantarkan ke Stesyen LRT tp dia pulak tak bawak kereta, motor ada la.. ishh!!! Camne ni??? Sekali HERMAN cakap.. "Saya mintak tolong FAKHRI (staff LPM jugak tp unit lain) hantarkan akak dan AIDA ye??"

"FAKHRI??" ... Owh!! Mamat yg naik kete hitam dan selalu jeling aku dalam lif kat ofis dulu tu, nama FAKHRI rupe nye!! Aku pun penah la jeling2 dia jugak sbb aku nampak dia mcm perasan sgt!! Walaupun tak pernah bertegur sapa, aku da darurat ni, terpakse la kan?? FAKHRI pulak kebetulan nak balik ke Putrajaya ambil barang drp kwn dia. So setakat nak hantar aku dan AIDA ke Stesyen LRT memang takde masalah. Tp dia macam tergamam jugak bile tgk aku, dia ingatkan just kena hantar AIDA. Aku diam je, dgr suara AIDA dan HERMAN je dalam kerete masa tu. Entah ape yg buat FAKHRI gelabah, smpai salah jalan. Terpaksa U-turn balik. Malu siot muka dia, kena bantai gelak dgn HERMAN lg. Kesian!!! Sampai Stesen LRT, aku turun tanpa cakap ape2, AIDA je yg cakap TQ. Aku pun tak tau nape aku jd 'bisu seribu bahasa' spnjg perjalanan. Sampai KL, Paksu jemput aku dan AIDA. Malam tu, aku tak lena tido. Nape ye?? Alahai.. mata oh mata, lena la cpt!!! Zzzzzzzzzzz...

Esoknye, pg sabtu. Aku bangun lewat... xde la lewat sgt pn, da bgn cuma malas mandi. So aku golek2 lg atas katil. Tibe2 kn, E (kwn kat LPM, 1 unit dgn FAKHRI) sms aku. E dgn aku ni takde status rasmi sebenarnya, mcm teman tp mesra la kot. Kat LPM dulu, ada jugak yg cakap kitaorang ada affair sbb kitorg penah kuar makan berdua, pernah kuar dating berdua. E muda 3 tahun drp aku dan aku tak nampak yg dia nk serius dgn aku.. faktor umur kot, muda lg kan. Aku cerita la kat E pasal pegi tengok futsal semalam.. pasal FAKHRI tumpangkan aku ke Stesen LRT. Pastu aku tnye la.. "ada no. fon FAKHRI x??" .. Aku nk ckp thanks sebab semalam aku tak cakap ape2 pun, 'terbisu' tibe2.. hehehe!!

Da lewat ptg, br E bg no. fon FAKHRI,agaknye lame dia fikir, sama ada nak bagi or tak. Aku pun sms FAKHRI, pendek je => Thanks... Dia tau sape aku!! Rupenye E da bagitau FAKHRI yg aku ni ada mintak no. fon dia.. malu siot!!! Huhuhu.....Percaya atau tak, kitaorang layan sms sampai lewat mlm. Kire macam sesi perkenalan la. Yg buat aku tak jemu layan sms drp FAKHRI ialah.. dia memang seorang yg ramah dan kelakar. Asyik2 buat aku gelak je!! Seronok jugak ada kwn camni kan? Kire ok la, aku memang rasa selesa dan nak kenal dia lebih rapat..

Guess what?? Keesokan pagi, dia ajak aku kuar.. iyeeeee!! Sebenarnye pagi Ahad tu, aku sepatutnye ikut family Maksu pegi picnic.. tp disebab kan CIK P melanda aku aritu, aku decide tak nak ikut Maksu. Kalau pegi pun, bkn aku dpt mandi, kang lg tensen kn.. Bile FAKHRI tau aku duduk rumah tanpa sebarang aktiviti, dia tanya aku.. "Awk nk pegi tengok Pameran MISA kat PICC tak? Saya dpt 2 tiket free ni..."

Aku tak fikir lama pun, aku jawab.. "ok!!" (Bosan punye pasal).. So aku janji nak jumpe kat LRT Bandar Tasik Selatan. Dia akan jemput aku kat situ sbb katanya, tak tau sgt jalan kat KL. Maklum la, org Putrajaya kn. Katanya tak suke jalan KL, jem memanjang!! Sampai kat situ, lama jugak la aku tgu, tak sampai2 jugak. Sekali dia stuck, jalan jem. So dia mintak aku naik balik LRT, turun kat Stesen Sungai Besi. Aku no hal, bukan susah pun. Sampai sane, dia da ada, siap tunggu kat luar kereta lg. Aku tak sempat cakap ape, dia da cakap dulu.. "Sorry2!! Susahkan awk...". Aku tak kisah pun. Ikut plan, kitaorang menuju ke PICC utk tgk Pameran MISA. Kat pameran tu best jugak, kitaorang asyik tergelak je tengok bahan-bahan pameran yg pelik2, mcm agak jakun la kt ctu. Pastu, dia ajak aku pegi Tasik kat Masjid Putrajaya. On the way ke sana, mase lalu kat presint 2, kitaorang nampak ada Pertandingan Layang2. So singgah la kejap, seronok tengok macam2 jenis layang2 ada, cuaca pn ok, berangin je. Bile da abes, hari pun macam nk hujan, kitaorang terus gerak ke Masjid Putrajaya. Lepas solat, turun je kat tasik, aku rase tenang sgt sbb nampak ikan2 kat dalam tasik tu.. cantik!!

Tibe2 FAKHRI tanye, "nk bg ikan makan roti tak?"... "Hah??". Aku tak sempat cakap ape2, dia dah berlari ke kedai kat dlm cafe. Datang balik, kat tangan dia ada sebuku roti. FAKHRI ckp, "Jom bagi roti ni kat ikan2 tu.. nah!". Dia bagi kt aku sekeping. Best jugak FAKHRI ni, agak romantik la. Aku tak pernah pun buat aktiviti2 macam ni. Soooo sweet!! Sambil2 tu, kitaorang borak2, lg banyak aku tau pasal dia dan dia pun makin banyak tau pasal aku. Lastly, kitaorang pegi makan kat The Mines. Lepas makan, dia hantar aku ke Stesen LRT Sungai Besi. Tp kan ada 1 perkara yg buat aku tersentap!! Rupenye.. FAKHRI da ada awek!!!!!!!!!!!!!

Part ni yg aku tak suke. Haruskah aku menjauhkan diri setelah aku merasa amat selesa berada di sampingnya?? What should I do?? Di sebabkan status itu, aku tak nak berkawan rapat dgn dia. Kalau aku jadi awek dia pun, confirm aku tak suke. Tp kenapa dia layan aku sebaik itu??


To be continue.........

MOHD NOR FAKHRI

Cinta Futsal... Part 1


Arini 27 Nov 2008... 

Aku keje mcm biasa... da byk ari aku x jenguk blog, sibuk sikit. Ni aku ambil peluang kejap, sementara bos aku tengah ada taklimat. Semalam KAKLONG da bertolak balik Kelantan. Dia ditempatkan di IPK Kuantan, bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Br je nak rapat ngn dia, kitaorang selesa sgt dgn KAKLONG, sbb dia baik sgt2. Takpe la, takde rezeki nak stay same2 lebih lama kn. I wish u all the best KAKLONG!!

Huurmmm... MIDA agak sedih sbb da seminggu dia pegi-balik keje dgn KAKLONG, tido dgn KAKLONG.. tup2 kaklong kena balik semalam, mati kutu jap. Da la dia stress dgn keadaan di tempat keje. Takpe yang, i'll always be by ur side. Nanti Insya Allah akan ada rezeki kau bertukar ke jabatan lain, itu doa aku utk kau.. amin..

Oh ya... Selasa lepas, aku pegi HKL, Ekin (ofismate aku) teman kan, aku kan tak suke pegi hospital... allergic!! Ni da terpakse sbb kerap sgt sakit perut. Lepas checkup, arghhh!!! Aku gastrik rupe nye!! Lepas ni mmg tak bleh lewatkan waktu mkn. Itu yg SI DIA bebelkan sangat kt aku, asyik biar perut msuk angin je.... huhuhu!!!

Cakap pasal SI DIA kan, tiba2 aku terkenang permulaan cinta kitaorang. Ingat kan before this aku pernah janji nak cerita. So... are u ready??? Ok... this is where the story begin.....

Berkuatkuasa 1 Januari 2008, aku sah letak jawatan di Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Putrajaya sebab aku kena melapor diri di Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Pusat Bandar Damansara. Dua hari sebelum lapor diri, aku lepak je kat rumah Maksu. Bosan pulak time2 weekend ni, takde aktiviti best. Ape nak buat ni?? Malam tu, kawan2 aku kat LPM ajak join diaorang main futsal kt Sekolah Bukit Jalil, kononnye nak cukupkan group perempuan. Lelaki memang da ramai la. Mula2 tu malas sebab aku memang pemalu... hehehe!!


Eh!! Lunch hour la!! Aku kuar makan jap... will be continue....

Monday, November 24, 2008

Selamat Pagi Cinta.....


Isnin - 24th Nov 2008 (1 day before gaji) Hehehe...


Fuhhh!!! Boring nye harini. Aku sorang2 je. Bos dan pegawai aku pegi Ipoh, ada perbicaraan mahkamah. Kak Rina (ofismate) plak cuti. Macam org bisu pulak, drp pg aku x bercakap (kecuali jawab call). Pagi ni aku breakfast roti je, takde selera la. Perut aku rase sebu semacam je, angin tak abes2. Tak tau la ape problem perut aku neh. Si dia da berbakul2 membebel suruh aku pegi buat check up. Tu tak campur bebelan Abg Zul (sepupu rapatku) lg. Aku mls la!! Alih2 prosedur biasa yg aku kena jalani, da jemu kena kerumun dgn doktor2 praktikal kat hospital tu. Ingat aku ni bahan ujikaji ke?? huhuhu!!!

Jumaat lps... Sepupu MIDA (my bff), yg aku panggil KAKLONG da blk drp kursus di Ikhwas. Dia dpt jwtn EO N27. KAKLONG ni, orangnya ok, baik mcm MIDA gak. Dia tumpang duduk rumah sewaku dulu, sementara tunggu diberi penempatan. Setakat ni, dia dpt bwh Kementerian Dlm Negeri (KDN). 2-3 hari lg br dpt tau dihantar ke jabatan mane. Aku harap dia tak dihantar jauh2. Kalau dpt area Putrajaya or KL, kitaorng akan tinggal same2 termasuk MIDA... bestnya!!! So skrg KAKLONG pegi keje dgn MIDA sbb jalan sehala kan..

Sabtu lps, aku bangun lewat. Biasa la... weekend kn... Ni je peluang aku bgn lewat tau. Lewat pun tak lewat mana la... lebih kurang jam 8.30 pagi. Itu pun aku da bangun dulu jam 4.45 pagi sebab nak kejut kan si dia. Pagi tu si dia kena gerak ke Mantin jam 5.30 pagi, kena pegi menembak kat padang sasar. Kesian si dia tak cukup tido sbb semalam kitaorng bergayut phone agak lama.. hehehe!! Bangun, mandi, cuci pakaian. Pastu breakfast roti canai bersama KAKLONG, MIDA dan KAK IDA. Pastu lepak2, tgk cd... tiba2 rasa bosan la pulak. Kitaorang pun decide nak keluar tengok wayang.. cerita SELAMAT PAGI CINTA lakonan Sharifah Amani dan Que Haidar. 

Lps zohor, kitaorang gerak ke One Utama dgn kereta aku... mak aiii!!! Kotor nye kereta aku!! Ye la, mgu ni asyik berhujan je, mane tak kotor. Minggu depan la hantar carwash.. hehehe!!Sampai One Utama, kitaorang beli tiket kat GSC. Orang tak ramai mcm selalu, before masuk, beli coke dan popcorn. Lapar pulak sbb belum lunch. SELAMAT PAGI CINTA... permulaannya, agak bosan. Jalan cerita slow la... klu ada part2 yg best pun, scene Amani dan Que. Khabar tak seindah rupe. Tp aku suke lagu dalam cerita ni. Sayu je dengar gesekan biola drp Que... tp tak tau lagu ape. Satu lg lagu SATU RUANG nyanyian DIA FADILA.. sedih!! sbb Pierre Andre mati dlm cite ni. aku bg 3 bintang je cite ni... ending pn tergantung. Rugi je tgk.... baik tgk Madagascar 2!!

Lps jalan2 jap dlm One Utama... tgk2 kasut. Takde yg menarik... kitorg blah. On the way blk rumah... singgah pasar malam kat Bukit Angkasa.. lapar beb!!! Gerai pilihan... nasi kerabu... hehehe!!. Tp aku dan MIDA beli nasi putih dgn ikan bakar.. yummmyyy!!! Sampai rumah, mandi. Lepas maghrib kitaorang mkn ramai2. Tp SHIMA (housemate) takde, dia balik kampung drp hari khamis lg, sepupunya kawen. Lps mkn, lepak tgk tv, aku macam biasa, sms dgn si dia... layan sms smpai tetido!!! Zzzzzzzzzzzz....

Thursday, November 20, 2008

My Favourite Story ... Syahdu!!!

Baca time boring ... Syahdu beb!!!

:: NOSTALGIA DAN JODOH ::




ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, aminute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest ofyour life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati.. Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin padacintapertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi.. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.
Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.
"Saya cabar awak." "Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It's just a challenge. If you aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much.. Well, what would you say?"

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku -kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad nikah, akumencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku.Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila. Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya.

Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama. Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain. Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No Sir!" dengan tegas. Aneh.. Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah. Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku,tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, akuamat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap danperbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.
Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku. Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya -menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai. Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti akumenguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini.. Hatiku ketawa puas. Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu. Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku? Cabaran bertukar tangan. 

Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Dikondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen.. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku.. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kamicuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi.. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku diatasnya. Ku semak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah... Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia. "Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalautak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half day today. So then, takecare. Again,sorry." -Zhafran-
Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah! Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow .

Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasanaku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian. Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Diabanyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku.

Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia."

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Akumengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih.
Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.
"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak. "Sir, i hate you. I have to since i realized that i've fallen into you the second you call out my name years ago and i can't believed it. Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak. "I'm sorry i love you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."

Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis. Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, inginmelupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin ku berusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya. Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.
"Langsung tak berubah, suka mengelamun."

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.
"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.
"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni,saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."
Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. "Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?" "Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. Malam tu di Bali, sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya. "Aku tergamam dengan penjelasannya."

Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialahcarakita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti.Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak." Dia berhenti. "Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kenas ambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."

Matanya bergenang. "Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu."
Terdengar esakan.. "Aisyah, i need you, i love you so much. I can't be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?"

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, airmataku sedari tadi tidak berhenti. Lama ku terdiam, cuba mencerna kata-katanya. "Aisyah, yes or no?"Lamunanku tersentak. "Yes sir! I do!" Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.
Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilihdengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku.. Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri. Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya.. Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya.
"Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your help.""Yes sir!!"


Sekian. "nama penulis tak dapat dikesan" .


"In life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you the person you need... to love you... hurt you and teach you the real meaning of life..."

Wednesday, November 19, 2008

Goodbye My Friends....


Salam semua. Skrg bos aku takde, pegi meeting kat Putrajaya. Da selesai semua keje2 aku, skrg aku nak sambung balik cerita aku pg td. Here we go..


Lebih kurang 2 bulan aku berulang dari KL ke Putrajaya. Kak ida pun da resign sebab dpt offer drp Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Walaupun tawaran hanya sebagai PTS, Kak Ida terima sbb dpt keje d Pusat Bandar Damansara. Jadi tinggal la aku sorang2 berulang alik setiap hari. Bila la aku nak keje kat KL jugak ni... huurmmm!!! Setelah ketiadaan Kak Ida, aku mula rapat dgn sorang budak ni, nama dia HIRDA MASHARA. So far, aku senang berkawan dengannya. Walaupun lebih muda drp aku, tp perangai dia lebih kurang jugak dgn aku.. boleh masuk lah.. hehehe!!! Dalam masa yg sama, aku juga mula rapat dgn sorang lg kwn, ckup aku gelarkan dia sbgai S. S ni menyewa rumah di Presint 11 bersama sorang lg kwn nya yang bernama I. Agaknye atas dasar kesian, S dan I ajak aku sama2 menyewa dgn diorg. Alhamdulillah!! Nampaknye Tuhan permudahkan jalanku.. setelah berfikir panjang dan berbincang dgn Maksu dan Paksu, aku berpindah menetap d Presint 11, Putrajaya, menyewa bersama S dan I.

Aku x bawak banyak brg sbb S ckp tak perlu. Katanya kat rumah tu da lengkap, semua brg2 kat rumah tu, dia beli dgn I. So aku blh pkai je, 'tak kisah' katanye. Bulan pertama, aku memang selesa tinggal dgn diaorang. Lepas tu, AIDA, ofismate kitaorang jugak, tumpang menyewa. So kami da jadi berempat. Meriah rase nye!! AIDA ni kaki lawak... aku b'kongsi blk ngn dia. Dan aku teramat selesa dgn nye, she's a good friend and a good sister too!! Tp AIDA jarang ada kat rumah.. family dia tinggal d KL, so AIDA menyewa dgn kitaorang sbb nk jdkan tempat persinggahan. Lebih kurang mcm tu la. Aku antara yg slalu ada di rumah... jarang kuar, kecuali kalau ada plan ngn S dan I. Maklum la, xtakde boyfriend... huhuhu!!!

Oh ye... bile da menetap d Putrajaya, aku bawak la kancil kesayanganku bersama. Tiap2 hari aku drive g ofis, da tau da jalan kat Putrajaya ni sikit2 (dan da berani drive!!). Walaupun tak berape mahir. Dan aku selalu ajak S dan I join g keje dgn aku (walaupun sebelum aku ada sana, diaorang pegi keje dgn motor). Ape salahnye kn?? Drpda aku sorang2 je drive. Nak dijadikan isu dan aku pn x tau kt mane silapnye, S makin dingin dgn aku. Semua perbuatan aku tak kena di mata dia dantanpa aku sedari, S menabur fitnah di belakang aku sampai ada di kalangan ofismate memandang serong pd aku. Ya Allah!!! Aku da cube utk mencari silap aku, tp aku tak jmpe dan makin tak mengerti....

Akhirnye.. terbongkar jua!! Drpd sumber2 yg blh dipercayai, aku dpt tau ape yg x kena sebenarnya. Rupanya S tak suke kan aku dalam diam. Mungkin ape yg bleh aku fikir mase tu, PERASAAN HASAD DENGKI. Ntah lah... byk cite yg bukan2 psl aku direka nye. Aku tau, aku menumpang di rumah tu tp aku pun bayar sewa sama mcm org lain jugak. Bukan aku yg terhegeh2 nak duduk situ, dia yg offer.. konon nye, lg ramai lg bagus. Huurmmm.. bkn aku tak cube utk jernihkan keadaan tp dia yg melarikan diri drp aku. Kata org, berani krn benar, takut krn salah!! 

Aku mls la nk nyatakan secara detail, ape tohmahan yg dia lemparkan pd aku. Pedih utk aku selak kembali luka lama, takut parut kembali berdarah. Tp Alhamdulillah... ramai yg fhm keadaan aku dan lgsung tak ambil kisah tentang cerita2 yg mengarut tu. Masa tu... aku ada kwn2 yg amat baik dan menyayangi aku... HIRDA, AIDA, REEN, FARAHANA, TINA.. semua nye adik2 yg amat aku sayangi... Thanks sisters!!

Dgn hati yg luka, aku ambil keputusan utk kembali menetap di KL bersama keluarga Maksu. Maksu, i'm back!! Biar lah aku susah ulang-alik dari KL ke Putrajaya mcm dulu asalkan aku tinggal dgn org2 yg sayangkan aku. Tiba2.. mase tgh bersedih, aku dpt good news!! Jeng jeng jeng!!!

Aku dpt offer keje di KPKT, Pusat Bandar Damansara... tmpat yg sama dgn KAK IDA. KAK IDA yg hantarkan resume aku. Syukur Alhamdulillah!!! Thanks to KAK IDA jugak. Ape lg?? Hilang terus sedih. Kan orang ckp, Allah S.W.T sentiasa menyayangi insan2 yg terainiaya kan? Inilah jugak rezeki yg aku tunggu2 selama ini, aku dpt position sama jugak, tp diikat bertugas dgn KPKT selama 1 tahun. Tempoh itu cukup utk aku bekerja smbil mencari peluang keje tetap kan? Semangat aku dtg kembali :)

Tapikan.. sedih tetap ada sbb terpaksa tinggalkan kwn2/adik2 yg aku amat aku sayangi. HIRDA, AIDA, REEN, FARAHANA dan TINA... akak tetap sayang korang walaupun tak dpt jumpe macam slalu. For S, perasaan dendam di hatiku da lama padam. Biarlah Allah S.W.T saje yg balas segala fitnah yg kau tabur pd aku dulu. Aku berdoa semoga kau insaf dan tak lagi menganiaya org... aminnn!!!!

Aku buat surat resign.. 1 Januari 2008. Hari terakhirku di LPM, Putrajaya. Banyak pahit manis aku kat situ. Aku sedih bile geng aku hantar aku sampai lobi waktu balik. Mengalir airmataku!! Aku syg korang semua. Pesan drpku, keje elok2.. Selamat tinggal LPM!!


"Sahabat adalah insan yang sedia berkongsi suka duka dalam kehidupan. Semuanya menjadi kenangan yang terindah dalam hidup ibarat pelangi yang hadir selepas hujan. Walau bumi dibasahi namun pelangi tetap setia mewarnai.."



Bersama Kak Ida (HASNIDA)
Bersama HIRDA MASHARA
Bersama REEN & AIDA


Dari kiri : TINA, HIRDA, DIANA, aku, REEN, FARAHANA, FAZ


Flashback That Moment....


Salam semua.... Selamat pagi!! Sekarang jam 6.38 pagi.... aku sampai ofis jam 6.24 pagi td. Huurmmm.. dpt gak park kete dpn KFC. Pagi ni, ada pasar tani kt depan ofis... so pagi ni aku bleh beli breakfast kt bwh je la. Lapar gak rasenye, smlm balik dari keje aku tak makan pun...

Ada la kunyah2 keropok sikitt.. MIDA (my bff) yg beli. Semalam aku tido agak awal, jaml 8.40 mlm... takde mood nk tgk tv.

Si dia ada call smlm.. dpt ckp dlm 16 minit. As usual.. aku wat report... hahaha!! Ape yg berlaku sepanjang harini. Tapi si dia mmg banyak menyakat aku.. seronoknya dia dapat kenakan aku. Pastu dia bantai gelak tak ingat dunia. Takpe2!!... Ada ubi ada batas, tengok la nti...

Itu la dia MOHD NOR FAKHRI.... yg aku kenal, da hmpir setahun. Dia la insan yg byk menceriakan hidup aku, membuatkan hidup aku penuh dgn gelak tawa. Kadang2 hati yg resah boleh tenang dgn usikan nakalnya.

Huurmmm.... Aku nk flashback permulaan kisah cinta aku dgn si dia.... tapi kena tgu post yg akan dtg ye.... sebab sebelum tu aku nk cerita dulu pengalaman pahit manis masam masin spnjg aku bertugas di Unit Prosesan Data Dan Pengurusan Maklumat (UPMPD), Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Putrajaya selama 5 bulan.

Aku ingat lg... ketika bertugas sebagai Pembantu Tadbir Sambilan (PTS) di LPM.... aku lapor diri pd September 2007... pada mulanya, aku sepatutnya tempatkan di LPM Jln. Duta, KL. Tp tak tau la atas kesilapan teknikal apa yg membuatkan aku ditempatkan di Putrajaya.. tmpt yg agak asing bg aku ketika itu. Ye la... aku kn tinggal kat kl dengan keluarga Maksu aku. Tup2 kena keje kat Putrajaya, agak jakun la jugak... hehehehe!!!

Disebabkan aku memang memerlukan pekerjaan waktu tu, aku terima walaupun terpaksa berulang-alik dr KL ke Putrajaya setiap hari. Masa tu aku ada perodua kancil (hadiah hari lahir yg ke-21 drp Ayahanda tersayang). Tp ntah nape la mase tu aku takut nk drive sndiri + aku x tahu selok belok jalan kat KL (x hafal sbb selalunya Paksu aku yg jd driver). Aku sanggup naik bas.. huhuhu!!! Pagi2 lg, lepas subuh, aku da kena turun dr umah. Paksu dan Maksu aku baru je bangun tido masa tu tp aku da berjalan kaki ke stesen LRT Star berdekatan rumah... gelap gelita lg masa tu!! Entah drp mana dtg keberanian untuk meredah semua tu. Dah terpaksa kan?? Aku la org pertama masuk ke Stesen LRT Hang Tuah setiap pagi... hehehe!! Aku guna pas bulanan utk Rapid KL... turun di Stesen LRT Masjid Jamek utk tukar LRT Putra.. dan turun pulak kat Pasar Seni (CM). Kat CM aku kena ambil bas Rapid KL untuk ke Putrajaya. Lebih kurang 1 jam perjalanan... sampai d Presint 9, Putrajaya, aku akan naik Bas Nadiputra utk ke Parcel E di mana terletaknya Bangunan LPM. Fuhhhh!! Penat!!! Tp yg pastinya, itulah rutin harian ku. Sampai da x rasa penat sebab dah terbiasa. Tu la sebabnya orang cakap, NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH!!

Waktu keje, aku ambil WP2.. so hampir-hampir jam 8pg, memang aku da sampai ofis. Pernah jugak beberapa kali terlewat sebab bas buat hal atau aku yg terlajak tido dalam bas.. hahaha!!! Tapi kalau da rase terlajak banyak, memang aku tak pegi keje terus. PTS kan gaji hari, so klu tak keje, takde la gaji. Intake batch aku ada lebih kurang 80 orang.. ramai kan?? Mase tu aku agak blur tentang apa bidang tugas aku.. Ye la, ramai sgt.. mcm keje kilang pulak. Rupenye aku ditugaskan untuk memproses keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, itu semuanya keje SULIT. Handphone pun aku tak bleh bwk msuk bilik keje. Kami semua disediakan locker setiap seorang untuk simpan barang-batang sebelum masuk ke bilik keje. Itu mula-mula je la, da agak expert dengan keadaan kt situ, kitaorang pakat-pakat la bawak masuk handphone, tp pandai-pandai la sorok kan... heheheheh!!

Mase tu, aku selalu berkepit dgn KAK IDA... dia org kelantan jugak, lapor diri sama dgn aku. Aku kenal KAK IDA masa keje sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) di Kementerian Pertanian. Kitaorang resign dan lapor diri sama-sama di LPM. Masuk je LPM, kami dibahagikan kpd group mengikut meja keje. Aku terpisah dgn KAK IDA. Dia dpt meja 1, aku dpt meja 6. Kat situlah aku mula kenal dgn org lain. Antara yg 1 group ngn aku... KAK MURNI, HIRDA dan AIDA.. bawah penyeliaan Mr. Kalai.

Sambutan Aidilfitri di LPM Putrajaya
(aku pakai bj kurung warna gold, berdiri kat tengah2).
PTS bergambar bersama staff dan pegawai2 LPM.

Kenangan terindah bersama mereka.
One Two Three!!!

Alamak!! Da jam 7.30 pagi... Aku ada keje smlm yg belum setel. I'll continue next time ok.. i promise!! Tata Titi Tutu!!!.....

Tuesday, November 18, 2008

A New Beginning....


Salam buat semua....

Finally... br aku dpt create blog arini. Sekarang jam 7.02 pagi. Seperti biasa, aku smpi ofis jam 6.30 pagi, awal gile kan? Org lain tgh syok lg tido ni... hehehe!!! Aku da terbiasa mcm ni, nk dptkan parking free bkn sng. Sape cpt, dia dpt la.... Leceh kan?? Tapi ok gak, ni je peluang utk aku post entry kt blog aku ni.

Nak tau camne aku bleh terdetik hati nk menulis kt sini?? Sebenarnye da lame da aku nk mulakan ni sume cuma x berkesempatan sbb aku xde pc sndiri kt ofis... staff yg lapor diri sama batch dgn aku ramai sgt sampai ada yg x dpt pc dan terpakse share.. 

Tapi alhamdulillah, da seminggu aku dpt pc sndiri.. lega!! Smlm aku bukak blog kwn aku, rose.. Ni blog dia http://grey-hippo.blogspot.com/ Interesting!! Aku terfikir, inilah masanye utk aku mulakan semua ni. Aku suke menulis sejak drp bangku sekolah lagi, sebab tu masa SPM, subjek BM aku dpt A1 (ooopsss!! Riak sudah!!).. hehehe!! 

Jadi.. inilah dia blog pertama aku, mzarieanna.blogspot.com. Ini gabungan nama aku dan lelaki yg sekarang ni ada terselit di salah satu sudut hati aku.. ARIE + ANNA.. ok la kan?? Kalau nak tau lebih lanjut ttg dia (tak nak tau pun aku tetap nk cerita, sebab ni blog aku.. hehehe!!) Memang banyak aku nk cerita... Oleh kerana aku baru je create blog ni, aku akan flashback balik kisah-kisah hidup aku yg aku rase amat bermakna bagi aku... BUNDLE OF JOY, HAPPINESS AND SADNESS... so meaningful rite??


Selamat menerokai kisah hidupku... Bismillahirrahmanirrahim...